Secantik mana pun ia mampu lakukan pada tingkap anda, memilih fabrik langsir yang sempurna untuk glamorkan bilik anda adalah satu mimpi ngeri. Ini termasuk sekali dengan jutaan keputusan hiasan dalaman anda perlu buat, terutamanya ketika menghias semula kediaman anda.

Sebab itu, kami di sini akan memberikan anda panduan tentang 3 perkara yang anda perlu ketahui sebelum memulakan perjalanan membeli fabrik langsir baharu – agar anda boleh menikmati pengalaman beli-belah serta membuat penilaian yang tepat tentang pembelian anda.

1. Ukur Dahulu Tingkap Anda

Membuat nota tentang ukuran tingkap anda adalah langkah pertama dan paling penting dalam proses pemilihan fabrik langsir. Dalam memastikan langsir baharu anda muat dengan baik, ukuran yang betul (dan catatkan ukuran tersebut!) akan membantu pengedar fabrik anda tahu berapa banyak anda perlukan. Ini akan membenarkan anda untuk mencipta solusi awal, gambaran jahitan untuk tingkap anda.

Tidak pasti ukuran yang anda perlukan? Ukur lebar batang langsir (atau tingkap jika langsir tidak diletakkan lagi) dari kiri ke kanan. Anda juga perlu ukur panjang tingkap anda atau kawasan yang anda mahu langsir anda penuhi.

Jika anda ada pilihan untuk langsir yang panjang, anda harus mengukur panjang siling ke lantai. Pemasang langsir yang bagus boleh memberi anda nasihat tentang keperluan fabrik berdasarkan ukuran tersebut.

2. Tahu Bila Untuk Memilih Fabrik.

Sebelum menetapkan masa untuk beli-belah fabrik langsir anda, dinasihatkan untuk mengetahui lokasi pembelian fabrik tersebut. Idealnya, anda patut mencarinya di pengedar-pengedar fabrik yang dihormati yang akan menawarkan anda:

Pilihan seleksi langsir yang luas – Termasuklah pilihan tekstur, warna dan rekaan; dan

Jaminan kualiti lebih baik – agar anda tidak perlu bimbang kerana fabrik langsir anda telah diuji dan dicuba untuk ciri keselamatan dan kualiti keseluruhan terjamin.

3. Buat Pertimbangan Dalam Pemilihan Fabrik.

Sudah jelas, bahawa jenis fabrik langsir yang anda pilih akan memberi perbezaan besar pada rupa dan rasa bilik anda. Sebab itu fikirkan tentang fabrik jenis apa anda mahu adalah sangat diutamakan sebelum anda membuat keputusan muktamad tentang langsir pilihan anda.

Ramai orang membuat kesilapan dalam memilih fabrik langsir dan tidak berfikir sebelumnya, sebaliknya merancang reka bentuk biliknya dahulu. Ini boleh membawa ke padanan tidak betul bagi perabot yang diletakkan sekali dalam bilik tanpa arah yang jelas mengenai hiasan aestestik dan suasana. Jadi sebelum memilih fabrik langsir, anda perlu mempertimbangkan stail dan reka bentuk bilik anda. Ia akan membantu anda koordinasi fabrik langsir anda dengan bahan yang lain, sentuhan akhir dan perabot dalam ruang perkongsian yang sama.

Jika anda ragu-ragu untuk tentukan design mana yang sesuai dengan ruang rumah anda, terus hubungi wakil kami di SINI atau terus walk in ke showroom Ai Curtains di alamat :

Ai Curtains Home Furnishing SDN. BHD.
29-2, Jalan Elektron U16/D, Seksyen U16,
Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
📠 : 03-7831 7365

Leave A Comment