.Assalamualaikum dan hai semua!

Lama Kak Wani tak bersiaran di sini, maklumlah sibuk korang…ni baru ada masa nak menaip. Hari ini, Kak Wani nak kongsi satu kisah menarik bagaimana kami mengubah ruang tamu pelanggan istimewa kami, Puan Anis Sofea, di Setia Alam menjadi sebuah ruang yang elegan, tenang, dan mewah dengan sentuhan palet warna yang sempurna. Nak kata ubah semua tu tidak lah, tapi penggayaan warna langsir yang mathing dengan perabot tu yang penting. Alaaa korang tahu tak pasal color palettes tu…nak bagi matching

Segalanya bermula apabila Puan Anis menghubungi tim Kak Wani untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pemilihan langsir untuk ruang tamu rumahnya. Puan Anis seorang yang sangat teliti dan mempunyai citarasa yang tinggi dalam dekorasi rumah. Beliau mahukan sesuatu yang elegan tetapi tetap cozy, sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan juga untuk menerima tetamu dengan penuh gaya.

Kami berbual panjang tentang warna, material, dan rekaan yang sesuai. Puan Anis menyatakan bahawa beliau menggemari warna-warna neutral yang tidak terlalu menonjol tetapi tetap memberikan aura kemewahan dan ketenangan. Beliau juga inginkan langsir double layer, di mana ada lapisan sheer di belakang langsir utama untuk membolehkan pencahayaan semula jadi masuk tetapi masih mengekalkan privasi. Macam biasa, segala contoh dan fabrik kami keluarkan dan tunjukkan beza agar beliau nampak mana yang sesuai dengan mana yang tidak sesuai.

Pemilihan Warna Palet “Elegant Earthy Green”

palet warna

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang langsir, Kak Wani sangat menitikberatkan pemilihan warna kerana ia memainkan peranan besar dalam mencipta suasana sesebuah ruang. Selepas berbincang dengan Puan Anis, Kak Wani mencadangkan gabungan warna hijau zaitun, hijau gelap, dan beige lembut bagi mewujudkan aura ketenangan dan kemewahan yang seimbang. Nak bagi matching antara langsir dengan perabot kena tahu palet warna juga.

  • Langsir utama: Menggunakan warna beige lembut tetapi tetap elegan. Warna ini dipilih kerana ia melambangkan ketenangan dan sesuai dengan konsep alam semula jadi dan sofa berwarna hijau gelap, memberikan suasana yang damai dalam ruang tamu.
  • Lapisan sheer: Warna putih (off white) dipilih untuk memastikan cahaya semula jadi dapat masuk dengan baik, menjadikan ruang lebih cerah dan luas.
  • Sofa: Padanan hijau gelap dengan aksen kelabu lembut mencipta suasana moden dan eksklusif, sepadan dengan langsir yang dipilih.

Gabungan warna ini menjadikan ruang tamu Puan Anis kelihatan sangat elegan, segar, dan mewah, tanpa kelihatan terlalu berat atau suram.

Proses Pemilihan Rekaan dan Fabrik

Setelah memilih warna, kami beralih kepada pemilihan rekaan langsir. Untuk ruang tamu, Puan Anis memilih Singapore Pleat untuk memberikan efek yang lebih eksklusif dan kemas. Rekaan ini sesuai untuk rumah moden kerana ia memberi tampilan yang kemas dan elegan.

Dari segi material, Kak Wani mencadangkan fabrik jenis Blackout Premium untuk langsir utama kerana ia mampu menapis cahaya matahari dengan baik dan memberikan kesan sejuk di dalam rumah. Untuk lapisan sheer pula, kami memilih fabrik berkualiti tinggi yang lembut dan ringan bagi membolehkan pencahayaan masuk dengan sempurna. Fabrik ini kalau dari luar pun tak nampak orang di dalam, jadi menutup aurat hartanah seisi rumah.

Pemasangan Langsir Mengikut Palet Warna Yang Di Pilih

Selepas langsir siap dijahit dengan penuh teliti oleh tim Ai Curtains, tiba masa untuk pemasangan. Puan Anis sangat teruja untuk melihat hasil akhir pilihan beliau. Proses pemasangan dilakukan dengan cermat untuk pastikan setiap inci langsir jatuh dengan sempurna.

Kami memasang langsir untuk:

Living Hall Sliding – Menggunakan rekaan Singapore Pleat, sesuai untuk pintu gelangsar besar bagi memastikan langsir kelihatan kemas dan terletak cantik.

Living 2 Panel – Juga dengan rekaan Singapore Pleat, bagi memastikan keseragaman dalam keseluruhan ruang tamu.

Setiap kali kami pasang langsir, kami pastikan ia tersusun rapi, tidak berkedut, dan mempunyai alunan yang sempurna. Pemasangan langsir bukan sekadar menggantung kain, tetapi ia melibatkan teknik khusus untuk pastikan langsir tampak mewah dan eksklusif.

Saat langsir siap dipasang, Puan Anis tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Beliau benar-benar terpegun dengan hasil akhirnya. Ruang tamu yang dahulunya kelihatan biasa kini bertukar menjadi ruang yang lebih elegan, selesa, dan menenangkan. Warna beige yang dipilih sangat serasi dengan perabot hijau emerald dan pencahayaan dalam rumah beliau.

“Saya sangat puas hati dengan kerja Kak Wani dan team Ai Curtains! Langsir ini bukan sahaja cantik, tetapi juga memberikan suasana yang saya impikan selama ini,” kata Puan Anis dengan penuh gembira.

Melihat pelanggan gembira dengan hasil kerja kami adalah kepuasan terbesar bagi Kak Wani. Inilah sebabnya Kak Wani sangat menitikberatkan setiap langkah dalam proses pemilihan, jahitan, dan pemasangan langsir untuk memastikan hasil yang terbaik buat pelanggan.

Mengapa Pilih Ai Curtains?

Jika anda mahukan langsir custom made yang eksklusif dan berkualiti tinggi seperti Puan Anis, Ai Curtains adalah pilihan terbaik untuk anda! Kami sediakan:

  • Konsultasi untuk pilih warna dan fabrik ikut cita rasa dan konsep rumah anda.
  • Jahitan yang ada kualiti tinggi dengan pelbagai pilihan rekaan eksklusif.
  • Pemasangan profesional bagi memastikan langsir terletak kemas dan mewah.
  • Pelbagai jenis langsir seperti single layer, double layer, sheer, dan blackout curtains.

Dengan pemilihan warna yang tepat, rekaan yang kemas, dan pemasangan yang sempurna, langsir bukan sahaja menjadi pelengkap dekorasi tetapi juga mampu ubah suasana ruang anda menjadi lebih eksklusif dan selesa.

Jika anda juga mahu suasana rumah yang lebih elegan dengan langsir custom made, Ai Curtains sedia bantu anda memilih palet warna terbaik dan rekaan langsir eksklusif!

📍 Ai Curtains – Pakar Langsir Eksklusif Anda

Baca juga :

Projek Makeover Rumah Puan Hazrin

palet warna

Leave A Comment