“Menghiasi jendela tidak terhad kepada langsir sahaja, malah mengikut kreativiti dan konsep yang kita mahukan.” – Puan Aida Haswani, pengasas syarikat penyedia langsir Ai Curtains.

Pemasangan bidai adalah salah satu elemen yang menjadi pilihan pengguna kini sebagai pelengkap dekorasi hiasan dalam rumah. Selain fungsi utamanya sebagai penghadang cahaya. Dengan adanya bidai, jumlah cahaya dari luar dapat ditapis dan dikawal dengan baik. Rumah pun tak panas sangat.

Jom kita tengok jenis-jenis bidai yang ada di Ai Curtains yang menjadi pilihan ramai zaman sekarang. Mungkin anda dapat idea dari artikel ini untuk dipasang di kediaman anda nanti.

Roller blind

1. ROLLER BLIND (BIDAI GULUNG)

Bidai jenis roller biasanya banyak dipasang di tingkap-tingkap pejabat atau kamar tidur. Pilihan warna yang pelbagai, lebih privacy berbanding langsir biasa dan yang paling best adalah ia boleh melindungi perabot. rumah anda daripada menjadi kusam . Ia menggunakan fabrik keras yang boleh digulung ke atas untuk pembukaan.

2. VERTICAL BLINDS (Bidai Menegak)

Bidai menegak sesuai dipasang pada tingkap pejabat, hospital dan universiti. Bilahnya sederhana besar, mampu mengawal kemasukan cahaya matahari terus ke ruang dalam. Sangat mudah diurus dan nampak ruang simple dan kemas.

3. WOOD WINDOW BLIND (Bidai Kayu)

Bidai kayu sangat popular untuk menghiasi bahagian outdoor. Ianya sesuai dipasang di balkoni, patio, gazebo, belakang rumah, dan tempat-tempat outdoor kerana tahan lasak.

ruang gazebo

ruang luar masjid

luar rumah menutup balkoni

4. VENETIAN TIMBER BLIND (Bidai Aluminium)

Biasanya bidai aluminium jenis horizontal blinds. Ia jenis menegak yang bilahnya dibuat dari aluminium . Bilah dibina melintang dan boleh ditarik ke atas atau dicondongkan mengikut kesesuaian laras cahaya yang dikehendaki.

5. ROMAN BLINDS (Bidai Roman)

Pilihan bidai Roman ini sesuai untuk tema klasik moden. Bidai ini diperbuat daripada apa sahaja pilihan fabrik mengikut kehendak anda termasuk fabrik yang digunakan untuk langsir. Ada yang guna bidai roman ini untuk tingkap dapur, malahan ada juga untuk menutup bilik tidur. Designnya sangat cantik, kemas dan teratur.

6. ZEBRA BLINDS

Merupakan salah satu model dari windows blinds yang berfungsi sebagai pelindung jendela dari sinar matahari juga dari debu dan polusi dimana dengannya rumah anda terlihat lebih mewah dan elegan. Dengan memasangnya, jendela akan nampak lebih moden dan memberi efek menenangkan untuk dipandang oleh mata. Zebra blind ni antara yang paling laris dan terkini menjelang 2023 kerana mudah dikendalikan dan mudah juga dicuci.

 

Haa banyak pilihan juga untuk pasang blind ni, apa pun tengok pada jenis jendela yang anda nak pasang dulu sama ada kat bilik tidur , dapur atau kat mana-mana je lah.

Jika anda perlu khidmat hiasan dalaman tentang langsir ,bidai, wall paper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan bantu anda realisasikan konsep rumah idaman seperti yang anda mahukan. Boleh datang ke show room kami di Setia Alam dan Denai Alam.

Baca juga tentang :-

5 IDEA LANGSIR UNTUK TINGKAP NAMPAK MEWAH

Leave A Comment