Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelma. Selain pakaian, rumah juga perlu kita raikan dengan menukar beberapa item baru atau yang lebih cantik sama ada dari segi susun atur perabot, pertukaran dari yang lama kepada yang baru agar mood hari raya dapat disambut dengan gembira dan harmoni. Sebagai contohnya langsir, tak perlu beli baru ,cukup sekadar anda tukar dengan langsir yang mungkin telah lama tersimpan dalam stor. Teknik mencuci yang salah menyebabkan langsir mudah reput. Cara cuci langsir yang betul perlu untuk mengekalkan fabrik supaya tidak rosak.

Namun dalam masa yang singkat, anda perlu mencucinya semula sebelum dipasang. Usah risau, kali ini team Ai Curtain ingin berkongsi beberapa langkah cara cuci langsir menggunakan mesin basuh.

 

KITARAN SESUAI

Pilih kitaran atau mode cucian yang sesuai. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan fabrik lembut, maka pilihlah sistem itu. Manakala jika sebaliknya pilihlah penggunaan kitaran cool wash atau slow spin.

PENCUCI FABRIK

Untuk pencuci fabrik, cukup sekadar anda gunakan sebagai dua penutup botol sahaja. Boleh guna pencuci fabrik harian yang selalu anda gunakan.

KOTORAN DEGIL

Jika langsir anda ada kotoran degil, maka sebelum lakukan cucian pastikan anda memilih mode rendaman dahulu. Rendam sahaja di dalam mesin basuh kira-kira 15 minit hingga 30 minit dengan menggunakan sebatian baking soda dan cuka putih. Selesai rendam, bilaskan dengan air dan mulakan cucian.

MUDAH RENYUK

Jika langsir anda dari kain mudah renyuk, elakkan dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan sahaja dengan cucian tangan agar ia tidak terlalu renyuk.

HARUMAN FABRIK

Bagi mengekalkan langsir sentiasa nampak cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, anda boleh guna mesin hampagas atau berus lembut untuk hilangkan kotoran dan habuk. Selain itu, boleh lakukan semburan haruman fabrik untuk bau lebih wangi.

Namun begitu, jika anda tidak ada masa untuk cuci langsir sendiri, atau langsir anda memerlukan skill skala tinggi (double volume) untuk membuka langsir, kami di Ai Curtain ada menyediakan servis mencuci langsir. Kami datang ke tempat anda, buka langsir, cuci dan pasang semula di kediaman anda.

Jika anda perlu khidmat hiasan dalaman tentang langsir ,bidai, wall paper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan bantu anda realisasikan konsep rumah idaman seperti yang anda mahukan. Boleh datang ke showroom kami di Setia Alam dan Denai Alam.

Baca juga tentang :-

Ai Curtains Mendapat “Cover Story” Daripada Sinar Plus

 

 

Leave A Comment