Penjagaan yang lebih intensif dan teliti amat diperlukan bagi memastikan jangka hayat perabot dan sofa di rumah kelihatan baru. Penjagaan sofa yang baik dapat memberikan kesan jangka masa lama  untuk hayat penggunaan perabot tersebut. Biasanya jangka hayat kebanyakan sofa adalah sekitar7 hingga 15 tahun.

Bagi rumah yang mempunyai sofa yang baru, anda boleh mencuba tips ini bagi  mengekalkan bentuk dan fungsi sofa supaya boleh digunakan lebih lama.  Berikut adalah beberapa cara bagi memastikan sofa anda kelihatan baru sepanjang masa.

Membersihkan Sofa Dengan Kerap

Tahukah anda, apabila anda duduk, berat badan akan menolak habuk ke dalam bahagian serat sofa. Jika hal ini berlarutan dalam tempoh yang panjang, habuk dan debu bertindak seperti kasar, memotong dan mengikis pelapik sehingga menyebabkan bahan tersebut haus lebih cepat. Oleh itu, setiap kali anda melakukan pembersihan rumah, pastikan anda membersihkan sofa sekali. Jangan bertangguh untuk membersihkan sofa terlalu lama kerana ia akan merosakkan pelapik pada sofa tersebut.

Tidak Meletakkan Sofa Secara Terus Di Bawah Cahaya Matahari

Sofa yang diletakkan terkena sinaran cahaya matahari walaupun di dalam rumah akan mempercepatkan proses pelunturan dan pemudaratan selain kehilangan sifat semulajadinya. Pastikan anda menempatkan sofa di ruang yang tidak kena terus dengan cahaya matahari dari luar, atau padankan dengan langsir jenis “blackout” bagi menghalang cahaya terus masuk ke dalam dan mengenai sofa anda. Pastikan ruang bilik anda juga tidak terlalu lembap bagi mengelakkan berlaku kulapuk dan berkulat.

Mengempuk Kusyen Agar Tidak Penyek

Sentiasa mengempuk sofa merupakan salah satu cara membuatkan ianya tahan dari penyek. Misalnya apabila duduk terlalu lama antara 2-3 jam di sofa, kemudian cuba tepuk-tepouk semula bagi memastikan span sofa berada di kedudukan asal dan tidak lari. Ini adalah perkara penting jika sofa anda di isi dengan bulu, serat atau gabungan dua-dua bahan tersebut. Elakkan daripada baling di atas sofa dalam tempoh yang lama. Peluh di badan anda juga akan meresap ke dalam dan membuatkan sofa juga turut berbau. hal ini akan mengakibatkan kondisi sofa rosak selain kusyen juga menjadi lembik.

Aksesori Tambahan Sebagai Pelindung

Meletakkan aksesori seperti bantal hiasan dan kain pelapik juga membantu mengekalkan dan mengurangkan kotoran terus pada pelapik asal sofa. Bukan itu sahaja, ianya memudahkan anda untuk mencuci dan menanggalkan pelapik jika ingin mencucinya. Untuk sofa yang lebih premium, anda disarankan menggunakan perkhidmatan pakar untuk membersihkannya. Risau juga akan memudaratkan kondisi sofa jika tidak mengikut spesifikasi pencucian yang ditetapkan.

Elakkan Makan Atau Minum Di Atas Sofa

Perkara yang sering berlaku dan paling sukar nak elakkan, terutama jika ada anak kecil. Makan dan minum di atas sofa akan meningkatkan risiko tertumpah atau terkena kotoran pada fabrik sofa. Kotoran yang dah terkena pada fabrik sofa sukar untuk ditanggalkan dan boleh meresap ke dalam liang kain. Ini jugak menyebabkan kulapuk di bahagian dalam yang lembap. Lama-kelamaan sofa anda akan mudah berbau kerana ianya terkumpul kulat dari dalam.

Kami di Ai Curtains juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih sofa lama kepada sofa baru. Jika anda rasa sofa yang anda beli terlalu mahal dan ada nilai sentimental tersendiri, jom hubungi kami untuk memperbaharui sofa anda.

Leave A Comment