“Teal blue” warna langsir pilihan untuk kediaman selebriti kita yang lebih dikenali di Tiktok, Zulin Aziz. Kali ini, team Ai Curtains diberi peluang menghiasi ruang tamu kediaman beliau dan ternyata, pilihan warna sejuk menjadi keutamaan. Warna yang jarang-jarang digunakan oleh ramai orang tetapi pilihan ini membuatkan ruang tampak lebih sejuk dipadankan dengan perabot berwarna biru cerah.

Sekali pandang nampak macam warna kelabu, tetapi warna sebenar ialah “teal blue”. Cantik kan!! Jom kita tengok hiasan penuh ruang ini.

Simple dan minimalis. Alunan lipatan langsir juga memainkan peranan dan nampak kemas.  Warna teal mampu membuat ruang tamu kelihatan teduh, tenang, fresh, dan memberi sentuhan yang nyaman. Teal merupakan warna unik, perpaduan biru dengan hijau yang mencipta keseimbangan antara keanggunan, ketenangan dan fleksibilitis. Memanfaatkan warna teal juga mampu meningkatkan konsentrasi  dan daya kemampuan berfikir yang tinggi, sehingga memberi efek tenang pada tubuh.

Terima kasih kepada Zulin Aziz kerana memilih Ai Curtains bagi menghiasi ruang kediaman beliau. Jom kita dengar apa kata Zulin mengenai langsir pilihan beliau.

 

Untuk anda yang masih mencari penyedia perkhidmatan langsir, kami di Ai Curtains sedia membantu dari segi pemilihan fabrik, pemilihan warna, pengukuran dan pemasangan langsir terus di rumah anda. Ai Curtains semestinya pilihan yang diyakini dan dipercayai.

Leave A Comment