Negara beriklim tropika yang panas seperti di Malaysia, tidak hairanlah jika cuaca sentiasa panas, nak tidur malam pun berpeluh dan rasa tak selesa. Nak pakai aircond, tak semua orang mampu untuk pasang ya! kadang-kadang dari siang sampai ke malam cuaca kering dan panas tak boleh bawak bincang!

Dengan suhu panas ini, ramai tercari-cari cara untuk sejukkan rumah tanpa menggunakan penghawa dingin. Selalunya nak sejukkan rumah, hanya pasang penghawa dingin, tapi takkan nak pasang aircond sepanjang hari, confirm bil elektrik naik melambung! Penggunaan aircond juga mencemarkan alam sekitar dan menipiskan lapisan ozon bumi dan juga meningkatkan pemanasan global ia berlaku akinat gas penyejuk yang mengandungi klorin dilepaskan.

Jom ikuti tips untuk sejukkan rumah tanpa menggunakan penghawa dingin.

Sinaran matahari yang masuk ke dalam rumah memang bagus untuk kesihatan kita. Tapi secara tak langsung ia juga menyebabkan suhu kediaman meningkat. Cara terbaik adalah memasang langsir jenis 90% blackout atau langsir sunblock menghalang cahaya matahari dan haba panas dari luar masuk terus ke dalam rumah. Langsir jenis ini tidak menyerap haba. Pemilihan warna yang terang dan gelap mampu memantulkan kembali cahaya. sekurang-kurangnya langsir ini mampu menghalang sinaran matahari masuk melalui tingkap atau pintu kaca yang dibuka pada siang hari.

Penggunaan cat warna cerah, sejuk dan lembut seperti warna pastel dapat membantu ruang kediaman menjadi lebih sejuk dan nyaman. Ini kerana warna cerah mampu memantulkan semula cahaya. Rumah anda juga akan kelihatan nyaman dan redup mata memandang. Elakkan menggunakan cat berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap dan warna seumpamanya kerana warna gelap mudah menyerap haba panas dan dan cepat berbanding cat berwarna cerah. Ruang dalam rumah juga akan terasa panas dan rumah akan terasa bahang seumpama anda berada di luar rumah pada waktu siang.

Memasang tinted tingkap bukan sahaja pada kereta, malahan pada tingkap rumah juga boleh dipasang. Fungsinya masih sama iaitu memantulkan cahaya matahari dan mampu membuatkan ruang dalaman lebih sejuk dan nyaman. Jadi memasang tinted adalah cara terbaik selain langsir kerana ada juga yang jenis tak suka pasang langsir untuk seluruh rumah kerana mengganggu pemandangan.

Tanaman hijau di sekeliling halaman rumah menyerap haba matahari dan mencegah penyerapan haba terus ke dalam rumah. begitu juga dengan menghias dalaman rumah anda dengan pokok hiasan yang kehijauan. Letakkan pokok kecil di sudut-sudut rumah, bukan sahaja sejuk mata memandang kehijauan tersebut, rumah juga akan turut berasa sejuk kerana cahaya yang masuk akan diserap terlebih dahulu oleh pokok-pokok ini.

Anda boleh letakkannya di sudut-sudut rumah atau tetapkan sudut khas untuk pokok renek dalam pasu. Pasti kelihatan cantik tersusun rapi. Antara tanaman hiasan dalaman yang sesuai ialah pokok palma, pokok ekor kucing dan pokok duit.

Kami di Ai Curtains menawarkan pemasangan tinted untuk kediaman anda. Banyak pilihan tinted dan pelbagai corak menarik untuk menghiasi cermin rumah anda yang kosong. Ingat! selain langsir, aurat hartanah juga perlu ditutup dengan sempurna dan pemasangan tinted cermin rumah juga mampu menutup aurat hartanah. Berunding dengan pakar perunding perkhidmatan kami di Ai Curtains untuk rumah pemasangan tinted rumah anda.

 

Leave A Comment