Sebagai manusia, kadangkala kita terlepas pandang akibat rambang mata untuk memilih langsir untuk membuatkan kediaman lebih cantik. Oleh kerana rekaan yang pelbagai dan corak kemasan yang membuatkan kita rambang mata, ini akan membuatkan kita tersilap memilih dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kemudiannya. Di sini kami sajikan beberapa tips yang sesuai kepada anda yang ingin menghias aurat hartanah yang sangat bernilai ini.

  • Dinding Yang Rendah

Ambil tahu ukuran dinding rumah anda sama ada ianya berdinding rendah atau berjendela tinggi Jika kediaman anda mempunyai siling yang rendah, jangan bimbang. Anda boleh menutup keseluruhan dinding dengan langsir supaya nampak lebih luas dan tinggi. Ini membantu menyerlahkan tatahias yang lebih kemas. Selain itu, ia nampak lebih elegan seperti hotel lima bintang. Cari corak jejalut menegak atau melintang dan hasilnya, ruang tampak lebih luas dan lebar daripada sebenar. Ia terjadi apabila garisan itu memberi ilusi kepada mata.

  • Dinding Tinggi

Ukuran jendela pada setiap kediaman mempunyai perbezaan. Kadangkala kita terlupa ukuran jendela kita berbeza dengan kediaman lain. Kain langsir akan jadi senteng apabila kediaman anda mempunyai jendela yang tinggi.Tidak menjadi kesalahan bagi anda yang mahu menambah fabrik di bawah mahu pun 3/4 daripada kaki fabrik langsir. Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewahdi atas teks kain tersebut.

Jika bermain dengan “wallpaper”, tidak salah kalau memilih corak flora dan fauna. Lebih-lebih lagi yang bercorak samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagikanak-kanak. Ini supaya menampakkan dinding kelihatan lebih tinggi dan menarik selain disempurnakan dengan hiasanyang ideal. Gantungan langsir secara vertikal amat digalakkan.

  • Padanan yang sesuai

Sebelum memilih langsir, ambil tahu mengenai warna dinding pada kediaman anda. Adakah ia sesuai atau tidak?Apakah jenis kemasan dan warna yang dipilih? Kesesuaian pada ruang juga perlu diambil berat. Contohnya ruang anda dipadankan dengan rona tanah berkonsepkan harmoni. Bagi ruang yang sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Elakkan mengenakan langsir yang bercorak sarat dan berwarna terang. Gunakan rona pastel yang lebih tenang.

Kami di Ai Curtains menawarkan langsir premium dengan harga patut dan siap pemasangan  di kediaman anda. Datang ke showroom Ai Curtains atau hubungi wakil kami untuk pemilihan fabrik dan dapatkan quotation percuma.

Leave A Comment