Selain langsir, bidai juga digunakan untuk mengawal apa-apa sahaja yang masuk melalui tingkap anda, sama ada cahaya matahari atau pandangan jiran anda. Kami ada campuran yang baik, daripada bidai gulung jenis penghalang untuk tidur lebih lama pada pagi musim panas hingga langsir panel yang membolehkan anda melaraskan cahaya dengan lembut.

1) Bidai Gulung (Roller Blind)

Kebanyakkan jenis bidai gulung ni selalu kita nampak di pejabat terapi bidai gulung ini juga boleh dipasang di rumah. Menggunakan fabrik keras yang boleh digulung keatas untuk pembukaan dan kini hadir bermotor atau manual menggunakan tali bermanik pada penghujungnya.

2) Bidai Menegak (Vertical Blind)

Bidai ni pula selalunya kita lihat di kawasan hospital. Bidai ini dipasang menegak dan bergerak ke sisi untuk dibuka dan ditutup. Terdiri dari fabrik, plastik atau aluminium dan mudah dikawal menggunakan rantai kunci di hujungnya.

3) Bidai Bulu/Bidai Kayu ( Wood Window Blind)

Bidai ini selalunya digunakan untuk kegunaan luar (outdoor blind) atau dikawasan dapur. Bagi yang sukakan dekorasi rumah, bidai ini sesuai dan patut menjadi pilihan kerana ia memberikan suasana yang antik dan tenang seperti dikampung.

4) Bidai Aluminium ( Venetian Blind)

Bidai jenis menegak yang bilahnya dibuat dari aluminium. Ia dibina melintang dan boleh ditarik ke atas atau dicondongkan mengikut kesesuaian laras cahaya yang dikehendaki.

5) Langsir Bidai (Roman Blind)

Pilihan paling popular jika berbicara mengenai bidai untuk hiasan dalaman. Boleh diperbuat dari apa sahaja fabrik mengikut kehendak anda termasuk fabrik yang digunakan untuk langsir. Kemas dan teratur.

6) Zebra Blind

Roller blind yang design zebra ni selang seli ada line telap cahaya @ transparent yang boleh masuk cahaya. Siang kita boleh roll supaya bidai jadi selang seli macam ni. Malam boleh roll supaya bidai tutup semua. Best ke best?Memang nampak kemas dan sweet sangat bila pasang bidai ni.

Kami di Ai Curtain juga ada menyediakan semua jenis bidai di atas. Lawati Showroom kami di Denai Alam dan quotation percuma disediakan.

Ai Curtains Home Furnishing SDN. BHD.
29-2, Jalan Elektron U16/D, Seksyen U16,
Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
📠 : 03-7831 7365
Contact us now for Quotation

Leave A Comment