Sudah tentu bukan mudah nak hias kediaman orang seni, kerana sudut pandang orang seni ni lain sikit. Nak hias rumah bujang yang ada banyak kucing, dah tentu pilihan langsir pun kena simple dan minimalis. Kali ini Ai Curtains diberi nafas untuk menghiasi tingkap seorang selebriti tanah air iaitu Karl Syafiq. Slot Impiana Make Over Ruang Selebriti yang diketuai oleh seorang juru hiasan dalaman terkenal iaitu Ben Azrai memilih gabungan warna coklat, cream, hijau untuk menyerikan suasana kediaman Karl.

Gabungan langsir coklat fabrik bercorak dengan venetian timber blind di sebelahnya menaikkan seri. Eh!! ni kalau kita pasang kat rumah sendiri nampak macam ada yang tak kena jer kan. Tetapi sentuhan juruhiasan dalaman yang hebat mampu menaikkan seri ruang ini. Cuba bayangkan jika langsir tu tak ada, mesti macam togel je kan walaupun perabot dah elok semua warna coklat.

Jom kita tengok video semasa installation dijalankan.

Kombinasi perabot berwarna coklat dari kumpulan warna tanah membangkitkan suasana semulajadi. Tidak dinafikan coklat dan warna tanah masih tetap bertahan dan terus menjadi pilihan sesetengah penggemar warna selamat ini. mengapa ia disebut warna selamat? Ini kerana ruang yang ditampilkan dengan warna coklat dan warna tanah, kita mudah untuk menyesuaikan perabot khususnya padanan bercorak kayu coklat, hitam atau putih.

Begitu juga pemilihan warna fabrik termasuk sofa, langsir dan kusyen kerana pertembungan warna lain dengan coklat selalunya tidak menghasilkan sentuhan negatif. Dari sudut lain, coklat membawa erti persahabatan, kedamaian dan semulajadi. Warna itu juga sangat kuat apabila digabungkan dengan warna hijau segar.

Jom kita tengok apa kata Karl selepas pemasangan langsir di kediaman beliau.

 

Untuk anda yang ingin merealisasikan rumah impian, jangan ragu-ragu hubungi Ai Curtains sekarang untuk kami bantu anda membuat pemilihan warna dan fabrik yang sesuai.

Leave A Comment