Kali ni Ai Curtains diberi kepercayaan untuk menyiapkan langsir mewah bagi program realiti TV Prof Muhaya. Dengan keluasan ruang yang luas, Puan Aida Haswani, pemilik Ai Curtains sendiri yang turun padang untuk mengukur dan menentukan warna yang sesuai dengan perabot dan wallpaper dinding yang ada. Kami mendapat layanan baik dari Prof Muhaya sendiri. Melihat keadaan sekeliling, perabot dan dinding lebih kepada warna cream dan kuning keemasan. Memang design yang sangat “luxury” dan design langsir yang begitu mewah disediakan dari Ai Curtains.

Sesi perbincangan dan penentuan design, ukuran dan warna fabrik. Site visit ni dibuat sendiri oleh Puan Wani, pemilik Ai Curtains.

Kami diminta untuk siapkan segera dalam masa 4 hari siap pasang. Agak rushing juga dengan tempahan raya lagi, tetapi team Ai Curtains menyambut baik permintaan Prof Muhaya dan memberi sokongan penuh untuk program realiti tv kali ni. Hasilnya…

Langsir Royal Scallop ni agak rumit pemasangan dan teknik menjahit kerana ada melibatkan renda dan penggunaan kain yang banyak. Cuba lihat alunan kain tu kalau tak sama, boleh jadi terus tak cantik kejadian langsir. Pada hari Ke-4, langsir siap dijahit dengan pemilihan warna coklat keemasan dan kemasan langsir berwarna cream. Padanan ni melengkapkan palet warna.

Hasilnya sangat superb!!, sesuai untuk program realtiti TV nanti, dan mendapat pujian dari Prof Muhaya sendiri. Jom tengok apa kata prof.

 

Bersama Team Ai Curtains, terima kasih Prof Muhaya!

Ermmm…lepas jer siap langsir ni, terus ada pelanggan kami pun nak design yang sama, nantikan cerita berikutnya tau!

Bagi anda yang masih mencari penyedia langsir yang berkualiti dan taknak bazirkan wang tersalah beli langsir, jom Ai Curtains bantu anda realisasikan langsir impian dan make over kediaman anda kepada design lebih premium.

Kunjungi Ai Curtains sekarang yang bertempat di Setia Alam, atau whatsapp ukuran tingkap rumah anda untuk kami berikan quotation secara percuma.

Leave A Comment