Langsir Singapore Pleat atau Pinch Pleat merupakan antara rekaan langsir minimalis. Dalam menghiasi kediaman moden, konsep minimalis merupakan konsep yang diminati pada masa sekarang. Ini keranadengan konsep minimalis ini juga, kediaman anda akan nampak lebih luas, terang dan moden. Oleh kerana itulah terdapat rekaan jahitan langsir yang sering menjadi kegemaran masa kini, antaranya ialh langsir Singapore Curtain atau Singapore Pleat.

 Rupa Bentuk Langsir Singapore Pleat.

Pertama kali mendengar Singapore Curtain atau Langsir Singapore Pleat ini, hati penulis mula terdetik, bagaimana rupanya Singapore Curtain ini yang menjadi kegemaran pelanggan masa kini terutamanya yang berumur 40 tahun ke bawah. Ini kerana bagi golongan ini, design langsir yang simple lebih digemari berbanding dengan corak yang lebih mewah (iaitu design yang bertingkat-tingkat, beropol-ropol, dihiasi dengan scallop atau gabungan kesemua design yang ada untuk menampakkan kemewahannya). Bagi mereka, dengan design sebegitu, ia tidak dianggap up-to-date jika dibandingkan dengan design gaya minimalis ini.

 Dikenali Juga Sebagai Langsir Pinch Pleat.

Apabila diamati, Singapore Curtain rupanya adalah pinch pleat. Untuk makluman semua, pinch pleat ini sememangnya cantic dilihat walaupun ia dikategorikan sebagai langsir moden. Malah formula 5-4-5-4 ini merupakan kiraan asas untuk menjahit langsir pinch pleat. Walau bagaimanapun, terdapat juga kiraan 2-3-2-3-2 yang digunakan untuk menghasilkan pinch pleat yang tidak cukup kain. Sebab itulah kiraannya dikecilkan bagi menghasilkan rekaan langsir pinch pleat ini.

 Mudah Dikendalikan Pengguna.

Sebenarnya, langsir pinch pleat ini mudah dikendalikan oleh pengguna sekaligus menjadi faktor ia diminati dan digemari ramai. Ini kerana anda tidak perlu menghasilkan kedutan yang dikehendaki kerana pinch pleat ini sememangnya sudah tersedia dengan lipatan-lipatan yang tersusun rapi pada langsir tersebut. Anda hanya perlu menggantungkannya sahaja (berbanding dengan langsir yang biasa dijahit tanpa menghasilkan kedutan) daripada lipatan cangkuk langsir. Malah, cangkuk untuk langsir pinch pleat ini hanya menggunakan cangkuk single sahaja. Ia mudah dan murah untuk digunakan pengguna.

 Formula Menghasilkan Langsir Pinch Pleat.

Berbalik kepada fomula langsir pinch pleat iaitu 4-5-4-5-4 atau 2-3-2-3-2 yang digunakan secara standard untuk menghasilkan lipatan pada pinch pleat ini. Walau bagaimanapun, jika lebar tingkap atau sliding tidak mengikut standard seperti biasa, maka kiraannya perlulah bergantung kepada lebar tingkap atau sliding tersebut. Ini tidak bermakna kiraan 4-5-4-5-4 atau 2-3-2-3-2 itu static dan tidak boleh diubah. Ia semestinya boleh diubah mengikut kesesuaian lebar tingkap atau sliding sesebuah rumah.

 Kegunaan Langsir Singapore Pleat.

Biasanya, langsir pinch pleat atau Singapore curtain (yang dikenali ramai) ini boleh dijahit pada langsir siang mahupun langsir malam. Ia sangat selesa dan diminati dengan gayanya yang minimalis. Justeru itu, bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk menghasilkan langsir kediaman rumah sendiri, maka cubalah untuk menjahit langsir dengan gaya minimalis iaitu pinch pleat atau Singapore Curtain ini. Selamat mencuba!

Leave A Comment