Assalamualaikum semua! Kak Wani nak kongsi cerita menarik hari ni, tentang projek pemasangan wainscoting di rumah baru Puan Faizah dekat Kapar. Memang seronok betul Kak Wani dapat jumpa dan bantu Puan Faizah dengan hiasan dalaman rumah beliau yang baru siap ni. Oh ya, kalau korang nak tahu, kami di Ai Curtains bukan sahaja menyediakan langsir je tau, kami juga menyediakan servis memasang wainscoting. Jadi, korang tak perlu susah-susah nak kira keluasan dinding bahagi berapa kotak bagai…serahkan semuanya pada kami.
Masalah Wainscoting Yang Tidak Kemas
Sebenarnya, awal cerita ni bermula bila Puan Faizah mengadu dekat Kak Wani tentang dinding rumahnya. Katanya, dia dah cuba kira keluasan dinding dan cuba nak pasang wainscoting DIY sebelum ni, tapi risau hasilnya… Tak seperti yang diharapkan. Daripada wainscoting tu nampak tak sekata, malah dinding jadi kelihatan lebih hodoh dari sebelum pasang lebih baik bertanya kepada pakar.
Pemasangan Wainscoting Baru Yang Elegan
Jadi, pasukan kami pun turun ke lokasi untuk tengok keadaan sebenar. Memang betul, wainscoting ni kalau tak dipasang dengan baik, dan rekaannya langsung tak melengkapi ruang. Kak Wani faham perasaan Puan Faizah, sebab dah tentu kita semua nak rumah nampak cantik dan kemas, kan?
Dengan izin Puan Faizah, kami teruskan dengan reka bentuk dan pemasangan wainscoting baru yang betul-betul sesuai dengan konsep rumahnya. Dinding yang dulu kelihatan biasa dan kurang kemas, kini nampak lebih elegan dan teratur. Semua sudut, setiap sambungan, semuanya kami pastikan kemas dan sempurna. Wainscoting ni memang main peranan besar dalam menambah seri pada dinding rumah.
Pentingnya Wainscoting Untuk Dinding Kosong
Untuk dinding yang kosong dan kelihatan polos, wainscoting bukan saja menambah elemen hiasan, tetapi juga memberikan ilusi ruang yang lebih besar dan teratur. Dengan reka bentuk yang tepat, ia mampu menyerlahkan gaya mewah tanpa memerlukan banyak perabot tambahan. Kak Wani selalu cadangkan wainscoting untuk dinding kosong sebab ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk kecantikan rumah anda.
Tempahan Langsir Double Layer
Lepas puas hati dengan hasil wainscoting, Puan Faizah buat keputusan nak tempah langsir pula. Katanya, “Kalau wainscoting dah cantik, takkan langsir tak matching pula, kan?” Kak Wani pun setuju sangat dengan idea tu.
Untuk ruang tamu, kami cadangkan langsir double layer dengan Singapore Pleat. Layer pertama langsir sheer untuk bagi cahaya masuk, manakala layer kedua gunakan fabrik yang lebih tebal untuk privasi. Warna dan reka bentuk langsir ni dipilih dengan teliti supaya serasi dengan konsep rumah Puan Faizah. Dan hasilnya? Memang cantik! Bila langsir digantung, ruang tamu terus nampak lebih mewah dan selesa.
Pemasangan Yang Teliti
Lagi satu, Kak Wani nak highlight betapa pentingnya pemasangan yang kemas. Pasukan Ai Curtains bukan saja pasang langsir, tapi kami pastikan semuanya dipasang dengan teliti, dari railing sampai ke lipatan pleat langsir. Bila tengok hasil akhirnya, Puan Faizah nampak betul-betul puas hati.
Akhir sekali, Kak Wani nak ajak korang semua yang tengah plan nak hias rumah atau upgrade langsir, jangan ragu-ragu untuk hubungi Ai Curtains. Bukan setakat langsir saja tau, kami juga sediakan servis hiasan dalaman macam wainscoting dan flooring. Kalau korang ada masalah wainscoting yang tak kemas, serah saja pada kami! Ai Curtains sentiasa sedia membantu merealisasikan impian rumah cantik korang.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom tempah langsir dengan Ai Curtains dan biar kami bantu jadikan rumah anda tempat yang lebih indah untuk didiami!
Jom Buat Temujanji!
Jika korang berminat dengan perkhidmatan kami, boleh hubungi Kak Wani di SINI atau layari www.aicurtains.com untuk maklumat lanjut.
Anda yang tinggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh juga walk-in ke Ai Curtains di Setia Alam dan Denai Alam.
Sekiranya korang nak tahu jenis-jenis blinds yang ada di Ai Curtains. Boleh baca DI SINI