WALLPAPER atau kertas dinding merupakan sejenis material hiasan dalaman yang ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang,wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Biasanya ia datang dalam bentuk gulungan.

Saiz yang biasa dalam pasaran di Malaysia adalah 0.53 meter lebar x 10 meter panjang (roll kecil) dan 1.06 meter lebar x 15.6 meter panjang (roll besar). Wallpaper terdiri daripada pelbagai jenis material antaranya Vinyl, Fabrik, Non-woven (material seperti uncang teh) atau duplex (pure paper). Corak dan warna juga pelbagai.

Pemasangan wallpaper perlu dititikberatkan supaya dinding tidak nampak menggelembung selepas pemasangan. Jika menggelembung ini akan mencacatkan pandangan dan semak mata memandang. Saya kongsikan 7 tempat yang tidak sesuai untuk dipasang wallpaper, antaranya ialah :-

1. DINDING MENGGERUTU (POPCORN WALL)

Pernah lihat dinding dengan biji-biji halus seperti dalam gambar? Biasanya dinding luar rumah. Tapi ada juga dinding dalam rumah yang menggerutu sebegini. Ianya tidak sesuai dipasang wallpaper kerana gam tidak akan melekat akibat permukaan yang tak rata.

2. DINDING PAPAN ATAU KAYU 

Papan atau kayu juga tak sesuai ditampal wallpaper. Tetapi ada pengecualian sekiranya papan bercat. Bergantung juga kepada jenis cat, peratusan melekat mungkin tipis untuk papan yang di cat dengan cat glossy. Tidak sesuai dipasang pada papan kerana terdapat ira kayu atau garis halus. Apabila disapu gam, gam akan meresap ke adalam kayu menyebabkan wallpaper susah melekat.

3. DINDING YANG SENTIASA LEMBAP

Dinding yang lembap akan menyebabkan cat terkopek. Jika anda ada dinding begini, memasang wallpaper adalah pilihan yang tidak bijak. Seeloknya dinding dirawat dahulu (water proofing) tetapi bimbang juga masalah tidak selesai. jadi lebih elok tidak dipasang wallpaper.

4. DALAM BILIK MANDI ATAU TANDAS

Di Malaysia, keadaan tandas atau bilik mandi biasanya basah atau lembap. Keadaan ini memang tidak sesuai langsung untuk pemasangan wallpaper. Apabila terkena air pada wallpaper, gam akan menjadi cair. Wallpaper pula akan tertanggal, kembang dan terkoyak.

5. DI DAPUR BASAH

Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah. Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. keadaan terlalu panas, lembap berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan wallpaper.

6. LANTAI

Memasang wallpaper pada lantai sama sekali tidak sesuai, sebaiknya lantai harus di alas dengan vinyl flooring, bukannya wallpaper.

7. PADA PERMUKAAN KABINET DAPUR

Wallpaper tidak akan melekat pada permukaan kabinet dapur kerana minyak dan gam mudah tertanggal.

Di Ai Curtains,kami juga ada menyediakan servis pemasangan Korean wallpaper yang sangat berkualiti dan tahan lama. Ada lebih 300 design wallpeper yang anda boleh pilih dan servis pemasangan terus di rumah anda. Kunjungi Ai Curtains Setia Alam sekarang untuk maklumat lanjut.

 

Leave A Comment