Penggunaan tirai mampu memberi ketenangan di dalam mana-mana bilik, terutamanya jika mereka dipilih dengan teliti dalam gaya, tekstur, warna yang memberi mood tenang. Bilik tidur adalah tempat untuk bersantai dan tidur, oleh itu, keselesaan di bilik ini harus dijaga terutama sekali.Susunan perabot kadang-kadang tidak mampu menaikkan seri bilik tanpa disulami dengan hiasan tirai. Reka bentuk tirai bilik tidur yang sesuai tidak terkecuali dalam menentukan ciri-ciri peribadi pemilik kamar.

  1. Langsir Scallop – langsir jenis ini sesuai untuk hiasan bilik ala-ala royal dan nampak mewah kelas satu. Bagi ruang bilik yang luas sangat sesuai digunakan langsir jenis scallop. Pemilihan warna kuning keemasan atau coklat memberi bayangan bilik anda seolah-olah kamar beradu diraja.

 

2. Langsir Putih –  untuk pemilik kamar yang sukakan ketenangan. Ianya simple tetapi masuk bilik ni dah cukup menhilangkan mood serabut kepada mood mengantuk rasa nak tidur. Gabungan pula dengan cadar dan sarung bantal putih menyerlahkan kesucian pemilik kamar. Tetapi warna putih mudah menampakkan kekotoran, pemilik kamar harus tilak lasak dan selalu menukar cadar ya! Jika tidak mood tenang berubah menjadi serabut jika nampak tompokan kotor di cadar mahupun di langsir.

 

3. Venetian Timber Blind – Sesuai digunakan untuk bilik anak-anak kecik, dan bilik tidur tetamu. Pemilihan Venetian timber blind sebegini memudahkan pengudaraan masuk dan juga memudahkan pemiliknya mengendalikan untuk membuka atau menutup tingkap. Bagi bilik anak-anak kecil, pengudaraan dari luar juga perlu bagi mengurangkan kelembapan dalam bilik agar tidak menjadi kulapok dek kerana basahan titis-titis air yang tidak betul-betul kering.

 

4. Langsir Ripplefold Kain Jenis Blackout – Pemilihan langsir sebegini juga menarik kerana alunan ripple memainkan peranan memberi alunan pada kain tirai. Biasanya langsir begini dipasang 2 lapis kain iaitu menggunakan kain jenis “day curtain” bagi memberi ruang cahaya dari luar masuk dan dilapisi dengan “blackout curtain” bagi menghalang cahaya sepenuhnya masuk ke dalam ruang kamar. Jika anda jenis bekerja shift dan perlukan tidur siang yang nyenyak, langsir sebegini amat sesuai kerana “blackout curtain” boleh di labuhkan sepenuhnya dan nikmatilah tidur yang puas sebaimana anda tidur malam.

 

5.  Roman Blind – Pemilihan roman blind sebegini menampakkan kamar seolah-olah bilik hotel. Ianya sesuai untuk tingkap sliding atau jenis menguak ke luar. Pemilik kamar boleh memilih untuk tutup terus cahaya masuk dari luar ataupun membuka separuh. Pemilihan roman blind juga memudahkan untuk pemilik kamar membuka dan mencuci kain blind jika kotor atau berhabuk.

Anda yang membaca masih tak tahu nak pasang langsir jenis apa untuk ruang kamar anda? Jom hubungi team Ai Vengers, kami bantu anda realisasikan bilik impian anda. Atau terus boleh melawat showroom kami di Denai Alam.

Leave A Comment