Wall paper adalah bahan deko dinding yang di pasang pada dinding untuk tujuan estetika. Ia terdiri daripada pelbagai jenis kertas atau bahan lain yang dilapisi dengan corak atau reka bentuk yang berbeza, seperti cetakan, tekstur, atau lukisan. Biasanya, wall paper dipasang dalam bentuk gulungan dan boleh dipilih mengikut corak dan warna yang sesuai dengan tema hiasan dalaman.
Cat adalah bahan yang digunakan untuk melapis atau mewarna permukaan, seperti dinding, kayu, atau logam. Ia terdiri daripada pigmen atau pewarna yang dicampurkan dengan bahan pengikat seperti cat minyak, cat air, atau cat emulsi. Cat digunakan untuk memberikan warna, perlindungan, dan penampilan estetika kepada permukaan yang dilapisi. Ia boleh dilaksanakan dengan berbagai teknik, termasuk penyemprotan, menggosok, atau menggulung permukaan dengan alat khusus.
Lebih baik wall paper atau cat? Ini adalah soalan yang pertama kali muncul ketika anda ingin hias dinding rumah atau tengah ingin lakukan renovasi.
Untuk berikan pertimbangan kepada soalan itu, di sini Ai Curtains akan cerita tentang beza antara wall paper (kertas dinding) dengan cat dinding, berikut adalah:
Kualiti desain dan variasi
Cat dinding kerap kali bawa kesan mono ton dan bosan jika dalam tempoh yang lama. Tapi untuk wall paper, kita tidak mudah rasa seperti itu, kerana wall paper ada banyak motif dan gambar yang boleh anda suai dengan keinginan anda. Selain itu wall paper juga memiliki tekstur yang tidak boleh dimiliki oleh cat dinding sehingga wall paper dapat menampilkan kesan yang menarik. Bukan hanya itu saja wall paper boleh didesain khusus sesuai dengan keinginan anda. Sedangkan cat dinding hanya bermain warna saja, mengkombinasikan warna untuk mendapatkan warna yang unik dan berbeza .
Cara pasang dan cara cat
Cara untuk pasang wall paper jauh lebih mudah berbanding cat. Untuk pasang wall paper ianya tidak makan masa yang lama, apalagi dengan adanya pelekat anda boleh pasang sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, pasang wall paper tidak timbulkan banyak masalah ketika proses pasang. Sedangkan cat ambil masa lebih lama kerana ada beberapa lapisan seperti cat dasar yang harus kita tunggu sampai kering lalu kena tambah cat yang sesuai dengan keinginan pula. Dan hal ini, anda perlu faham langkah mengecat dinding yang tepat dan perlukan alatan yang sangat banyak. Apabila warnanya tidak cocok dengan keinginan anda maka hal ini memerlukan tambahan waktu untuk mengecatnya lagi.
Daya tahan
Daya tahan cat dinding lebih rendah banding dengan wall paper kerana lebih cepat pudar. Cat dinding hanya tahan selama 2 hingga 3 tahun saja. Setelah itu, cat dinding harus diganti kerana warnanya sudah mulai kusam. Sedangkan wall paper jauh diatas cat dinding. Jika pasang wall paper secara teliti, wall paper akan tahan lebih lama sampai 10 tahun. Tetapi hal itu bergantung dengan cara jaga dan anda harus hindari ruangan lembab kerana akan sebabkan wall paper mengelupas, misalnya jika di pasang di ruang kamar mandi atau di ruang outdoor yang terdedah hujan.
Segi rawat dan jaga
Wall paper sangat mudah di jaga, terutama pada wall paper dari vinyl, hanya lap dengan kain basah maka kotor pun akan hilang. Sedangkan untuk cat dinding jika lap dengan kain basah akan sebabkan dinding menjadi belang dan tumbuh kulat.
Harga
Dari segi beza daya tahan wall paper dan cat dinding pastinya kita dapat simpulkan bahawa wall paper lebih mahal dari cat dinding. Meskipun harga wall paper dinding lebih mahal dari cat dinding, namun hal ini sesuai kerana satu kali pasang saja boleh tahan lama. Bahkan, pasaran harga wall paper bergantung kepada luas bidang yang akan ditutup oleh wall paper, untuk harga wall paper di hitung dengan meter atau roll, sedangkan cat dinding hanya dihitung per liter saja sesuai dengan bajet anda.
Dan itulah gambaran yang boleh anda pertimbang dalam memilih wall paper dinding atau cat dinding. Menurut anda mana yang paling sesuai untuk dinding anda?
Jika anda perlu khidmat hiasan dalaman tentang langsir ,bidai, wall paper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan bantu anda realisasikan konsep rumah idaman seperti yang anda mahukan. Boleh datang ke showroom kami di Setia Alam dan Denai Alam.
Baca juga tentang :-