Penggunaan wallpaper atau kertas dinding bukanlah sesuatu yang baru bagi menggantikan cat. Terdapat banyak jenis wallpaper di pasaran dan terdiri dari pelbagai corak dan warna yang membolehkan kita sesuaikan dengan hiasan dalaman sesebuah ruang kediaman. Penggunaan wallpaper memberi impak mewah pada dinding jika kena pada pemilihan corak dan pemasangan yang teliti, sekaligus mengurangkan kos untuk mengubahsuai rumah.
Di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk memastikan wallpaper yang dipilih sesuai dengan kediaman anda.
Gunakan wallpaper berwarna lembut dan cerah jika bilik anda sempit dan mahukan bilik kelihatan luas dan tinggi. Warna dicadangkan seperti putih, cream, ungu lembut ataupun warna-warna sejuk.
Wallpaper juga berkebolehan memantulkan cahaya. Kesan pantulan cahaya dapat dihasilkan melalui wallpaper bercorak cerah, halus ataupun metalik. Elakkan penggunaan warna gelap kerana ianya mempengaruhi suasana ruang tersebut.
Terdapat pelbagai corak dan motif yang dijual di pasaran sebagai contoh, corak 3D, corak geometri, motif susunan bata dan banyak lagi. Tidak semua motif sesuai dengan sudut atau ruang tertentu. Jadi, anda perlu bijak padankan motif dengan ruang tersebut agar ia tidak kelihatan janggal.
Untuk menyerlahkan ruang kediaman anda, corak-corak tertentu boleh digunakan. Sebagai contoh, untuk menampakkan sesuatu ruang itu lebih tinggi, gunakan wallpaper bercorak menegak. Begitu juga jika ingin menampakkan sesebuah ruang berkonsep ala-ala royal, pemilihan wallpaper becorak dan warna gold keemasan menjadi keutamaan. Jika ingin ruang itu kelihatan lebih luas, gunakan wallpaper bercorak kecil. Padanan warna dan corak yang sesuai mampu menyerlahkan suasana ruang kediaman anda.
Suai padankan dengan bijak. Bilik yang terlalu banyak corak pasti akan membuatkan kita serabut. Begitu juga dengan bilik yang tiada corak, pasti lama kelamaan akan membuat kita bosan dan terasa kosong. Jadi, anda kena pandai suai padankan corak wallpaper dengan warna perabot, warna permaidani dan keseluruhan ruang.
Ai Curtains menyediakan lebih 300 corak wallpaper dan siap dengan pemasangan. Anda juga boleh memilih wallpaper yang sesuai dan custom untuk bilik anak lelaki atau anak perempuan misalnya wallpaper bercorak “princes” untuk bilik anak gadis, dan “spiderman” untuk bilik anak lelaki. Hubungi Ai Curtains atau kunjungi showroom kami di Setia Alam.