Hai semua! Kak Wani nak share satu pengalaman menarik baru-baru ini dengan korang. Ceritanya bermula bila Puan Hazrin Izatie, seorang pelanggan dari Bukit Jelutong, hubungi Ai Curtains untuk projek langsir di rumah baharu beliau. Jadi, Kak Wani nak cerita apa yang kami buat untuk rumah cantik beliau. Siap ada gambar untuk korang tengok hasil kerja kami! Projek makeover rumah Puan Hazrin ni boleh dikatakan untuk keseluruhan ruang, bukan sekadar langsir sahaja tau. Jom kita tengok hasilnya…
Puan Hazrin nak sesuatu yang elegan tapi praktikal untuk setiap ruang di rumahnya. Maka bermulalah perjalanan kami menghias rumah beliau dengan sentuhan langsir eksklusif Ai Curtains.
Living Hall dengan Ripplefold
Living hall adalah ruang utama yang sangat penting untuk memberi kesan pertama kepada sesiapa yang datang. Kami pasang langsir double layer dengan gaya ripplefold yang nampak mewah tapi tetap moden. Bila cahaya matahari masuk, ia memberikan suasana lembut dan hangat pada ruang tamu. Hasilnya, ruang tamu Puan Hazrin terus nampak macam hotel lima bintang!
Room 1 di Bawah & Pintu Laundry : Roman Blinds
Untuk bilik di bawah, kami pilih roman blinds. Kenapa? Sebab ia sesuai untuk ruang yang lebih kecil dan nampak kemas bila dinaikkan. Selain itu, untuk pintu laundry pun kami gunakan roman blinds. Warna dan tekstur yang dipilih sangat cantik, sepadan dengan konsep rumah Puan Hazrin. Mudah digunakan dan nampak elegan.
Kitchen dengan Timber Blinds
Dapur Puan Hazrin sangat cantik dengan kabinet putih. Untuk padankan suasana minimalis ini, kami pasang timber blinds. Ia memberikan suasana natural dan moden. Selain itu, timber blinds sangat praktikal untuk dapur sebab mudah dibersihkan dan tahan lama.
Yard dengan Roller Blinds
Untuk ruang yard, kami gunakan roller blinds. Simple tapi tetap cantik. Lagi-lagi bila cahaya matahari masuk, ia memberikan keselesaan pada ruang ini tanpa mengorbankan privasi. Kak Wani sangat suka hasilnya!
Bilik Atas dengan Singapore Pleat
Di bahagian atas, ada tiga bilik – bilik kanan, bilik kiri, dan bilik utama (MBR). Untuk ketiga-tiga bilik ini, kami pilih langsir dengan jahitan Singapore Pleat. Jahitan ini membuatkan langsir nampak lebih kemas dan terletak cantik. Warna langsir pun dipilih sesuai dengan tema setiap bilik. Dengan double layer, ia beri fleksibiliti untuk kawalan cahaya dan privasi.
Pemasangan yang Teliti
Setiap langsir dan blinds yang kami pasang melalui proses pemasangan yang sangat teliti. Kami pastikan semuanya sempurna, dari ukuran, jahitan, hingga ke pemasangan. Kami mahu setiap pelanggan rasa puas hati dengan hasil kerja Ai Curtains.
Bila semuanya dah siap, rumah Puan Hazrin terus bertukar wajah! Setiap ruang nampak lebih hidup dan elegan dengan sentuhan langsir dari Ai Curtains. Begitulah setiap kali di beri task untuk projek makeover rumah pelanggan Ai Curtains.
Kak Wani nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Puan Hazrin kerana mempercayai Ai Curtains untuk mencantikkan rumah beliau. Korang yang sedang membaca ni, kalau nak rumah korang nampak eksklusif dan elegan macam ni, jangan segan-segan hubungi Ai Curtains. Kami sedia bantu korang dari A sampai Z, termasuk konsultasi warna, gaya, dan pemasangan.
Jangan tunggu lagi! Tempah langsir dengan Ai Curtains sekarang dan jadikan rumah korang tempat yang paling nyaman dan indah untuk didiami. Hubungi kami hari ini untuk konsultasi percuma!
Jom Buat Temujanji!
Jika korang berminat dengan perkhidmatan kami, boleh hubungi Kak Wani di SINI atau layari www.aicurtains.com untuk maklumat lanjut.
Anda yang tinggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh juga walk-in ke Ai Curtains di Setia Alam dan Denai Alam.
Sekiranya korang nak tahu cubical curtains yang ada di Ai Curtains. Boleh baca DI SINI