Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni kami ingin berkongsi tentang perkara yang anda WAJIB TAHU sebelum pilih kontraktor untuk buat flooring di kediaman ataupon di premis perniagaan anda, kebanyakan pelanggan yang kami jumpa, agak blur untuk memilih karpet apa yang mereka inginkan, biasanya untuk premis perniagaan lalu main pilih sahaja asalkan pasang karpet dan dapat harga murah sangat.

AWAS !

Jarang yang tahu, tersalah pilih karpet boleh jadi kesilapan yang agak besar. Lagi parah, pelanggan mereka tidak selesa ketika berada di premis tersebut.

KESANNYA ?

1) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab premis anda nampak suram.

2) Pelanggan takut untuk serahkan job pada anda atau nak beli produk anda sebab nampak karpet anda senget sana sini, tidak kemas membayangkan kerja anda juga mungkin sama

3) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab ada BAU HAPAK ~

4) Pelanggan tak suka masuk premis anda sebab PENING KEPALA dengan keadaan dalam premis

Dengan kesan yang 4 ini sahaja sudah cukup untuk merudumkan bisnes anda. Glurppp ~

HABIS TU, NAK BUAT MACAMANA?

Pastikan kontraktor yang anda lantik sebaiknya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan seorang yang boleh memberi pandangan tentang karpet yang sesuai. Sebenarnya tentang pemilihan karpet, memerlukan perbincangan DUA HALA. Kontraktor memerlukan jawapan anda bagi membolehkan beliau memberi cadangan karpet yang paling sesuai untuk anda. InsyaAllah melalui perbincangan akan dapat hasilkan pemasangan karpet yang sesuai dan cantik.

Pilihan karpet dan cara pemasangan turut melambangkan siapa anda. Macam nak tahu orang tu pembersih, biasanya (tak semestinya) orang akan tengok pada kaki. Betul ke betul ?

Jom tengok kerja-kerja pemasangan karpet dari Ai Curtains di salah satu pejabat di Ijok, Selangor.

 

 

 

 

 

Leave A Comment