Memasang wallpaper dinding merupakan cara alternatif untuk mengubah suasana sesebuah ruang. Tidak seperti cat, yang pilihan warna dan motifnya terbatas, wallpaper terdapat dalam pelbagai warna dan motif corak. Bagi anda yang berhasrat nak pasang wallpaper di rumah, jom semak perbezaan antara wallpaper dan wall sticker. Kedua-dua material hiasan dinding antara wallpaper dan wallsticker tidak nampak perbezaan dari segi mata kasar.
Namun, jika diteliti keduanya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jom lihat bezanya agar tidak tersalah semasa membeli nanti.
1. UKURAN – Umumnya, ukuran untuk wallpaper dinding memiliki ukuran 10m x 53cm atau setengah meter. Untuk wallsticker, ukurannya adalah 10m x 45cm atau 0.45m lebih kecil lebarnya berbanding wallpaper.
2. BAHAN – Bahan untuk wallsticker adalah bahan sticker pada umumnya yang biasa ditempel pada berbagai permukaan seperti kaca , dinding dan sebagainya. Sementara itu, bahan dari wallpaper adalah vinyl atau seperti plastik. Jadi, untuk wallpaper dinding memiliki bahan yang lebih baik daripada wall sticker.
3. JARAK MASA PENGGUNAAN – Dari segi jarak masa penggunaan, wallpaper memiliki ketahanan selama lima hingga sepuluh tahun kerana bahannya yang lebih tebal dan tahap terhadap panas ataupun sejuk. Sementara itu, wallsticker ketahanannya hanya sementara, iaitu sekitar 1 hingga 2 tahun.
4. DEKORASI – Dekorasi untuk wallpaper dinding terdapat dalam design 3D , sedangkan wallsticker, coraknya hanya biasa sahaja walaupun nampak dekoratif, belum pernah lagi mengjangkau tahap 3D.
5. TEKSTUR – Tekstur untuk wallpaper lebih menonjol dan dapat dirasai timbul dan nampak dengan mata kasar. Sedangkan wallsticker bahannya mendatar dan tidak timbul. Tidak ada tekstur yang dapat dirasa efek timbulnya dari atas sampai ke bawah dalam satu roll wallsticker.
6. HARGA – Kerana memiliki kualiti yang lebih baik, harga wallpaper lebih mahal berbanding wallsticker .
Begitulah sedikit sebanyak perbezaan antara wallpaper dengan wallsticker. Ingat! perhatikan terlebih dahulu materialnya supaya anda tidak tertipu. Kunjungi showroom Ai Curtains, di Setia Alam dan lihat lebih 300 corak wallpaper Korean yang bakal membuatkan anda rambang mata nak memilih.