Assalamualaikum dan hai semua! Hari ini, Kak Wani nak kongsi satu cerita yang cukup istimewa dan bermakna buat Kak Wani sepanjang tahun 2024. Cerita ini tentang sambutan hari jadi staf-staf kesayangan Kak Wani di Ai Curtains untuk bulan terakhir tahun ini dengan meraikan tulang belakang Ai Curtains.
Sebagai seorang majikan, Kak Wani selalu percaya bahawa staf-staf kita adalah tulang belakang kejayaan sesebuah syarikat. Tanpa mereka, Kak Wani pasti tak mampu membawa Ai Curtains ke tahap sekarang. Jadi, bila tiba bulan Disember, Kak Wani ambil peluang untuk menghargai mereka dengan sambutan hari jadi kecil-kecilan di pejabat.
Hari itu, suasana di pejabat memang berbeza. Kami hiaskan ruang dengan belon-belon, latar belakang berwarna biru metalik, dan pastinya banner “HAPPY BIRTHDAY” sebagai tanda kasih sayang buat mereka. Kak Wani sendiri tak sabar nak lihat senyuman staf bila mereka masuk ke bilik mesyuarat yang dah penuh dengan dekorasi meriah. Sambutan kecil-kecilan jer pun. Staf hepi, Kak Wani pun hepi.
Detik-detik Bermakna
Majlis bermula dengan sesi memotong kek. Salah seorang staf lelaki yang menyambut hari jadi bulan ini diberi penghormatan untuk memotong kek. Kek berwarna pink itu dihiasi dengan lilin-lilin kecil, menambah keceriaan hari itu. Kami semua bersorak dan menyanyi lagu “Happy Birthday” dengan penuh semangat. Muka staf yang diraikan jelas menunjukkan rasa terharu.
Selepas itu, Kak Wani mulakan sesi pemberian hadiah. Encik Azhar. sebagai Co-founder sendiri yang serahkan satu persatu hadiah kepada staf. Setiap seorang dapat beg hadiah yang penuh dengan tanda kasih sayang. Ada yang senyum lebar, ada yang tersipu-sipu malu, dan ada juga yang tak henti-henti mengucapkan terima kasih. Hati Kak Wani rasa cukup puas dapat buat mereka rasa dihargai.
Hubungan Seperti Keluarga
Bagi Kak Wani, staf-staf di Ai Curtains bukan sekadar pekerja. Mereka adalah keluarga Kak Wani di tempat kerja. Dari yang paling senior hingga yang baru sahaja bergabung dengan kami, setiap seorang ada peranan yang sangat penting. Ada yang tekun melayan pelanggan, ada yang bijak dalam pemasaran, dan ada juga yang mahir dalam bahagian jahitan. Tanpa mereka, Ai Curtains takkan mampu beroperasi dengan lancar. Kami sangat meraikan tulang belakang Ai Curtains yang banyak membantu dalam jatuh bangun syarikat kami.
Pesanan untuk Semua
Akhir sekali, Kak Wani nak ajak sesiapa yang tengah mencari pekerjaan di sekitar Setia Alam atau Denai Alam untuk menyertai keluarga Ai Curtains. Kalau anda minat bidang langsir dan ingin bekerja dalam suasana yang mesra dan penuh kekeluargaan, inilah tempatnya. Kami sentiasa mencari individu yang rajin, berdisiplin, dan bersemangat untuk bersama-sama membangunkan Ai Curtains. Hantar resume di SINI
Whatsapp HOTLINE kami untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita Kak Wani hari ini. Semoga hubungan antara kita semua, majikan dan pekerja, sentiasa diberkati dan dirahmati. Jumpa lagi dalam cerita yang seterusnya!
Salam sayang, Kak Wani