Lantai Vinyl atau “vynil floor” boleh dipasang sendiri dan tak perlu upah kontraktor jika anda mempunyai kurang bajet. Namun begitu, memasang lantai vinyl sendiri mampu menjimatkan poket tetapi ramai yang tak tahu cara penjagaannya agar tahan lama dan tidak mudah rosak. Kalau tak pandai jaga, bukan setakat mudah tercabut, malah warna boleh cepat pudar. Berikut adalah cara penjagaan lantai vinyl :-

Bersihkan Kotoran Dengan Segera

Segera bersihkan kotoran yang ada pada lantai vinyl. Jika dibiar lama tanpa dibersihkan, kotoran akan meresap masuk ke dalam rongga lantai vinyl dan sukar dibersihkan. Gunakan kain lembap yang lembut untuk mengelap lantai. Elakkan penggunaan steam cleaner atau mop yang basah untuk membersihkan lantai vinyl. Ia akan menyebabkan permukaan kemasan mudah tertanggal dan rosak. Untuk kotoran degil seperti minyak, cat, makers, lipstik, dan dakwat, gunakan nail polish remover bersama kain lap yang lembut. Kemudian, lap dengan tuala lembap.

Gunakan penyapu jenis lembut atau vacum dengan berus yang lembut untuk membersihkan habuk yang melekat di celah-celah panel vinyl. Penggunaan berus yang kasar akan mencalarkan permukaan vinyl anda. Elakkan mencuci dengan peluntur, sebaiknya gunakan pencuci yang telah dikhaskan untuk kegunaan lantai laminate. Atau gunakan sahaja air bersih. Penggunaan sabun pencuci berbuih menyebabkan permukaan lantai vinyl kelihatan kusam , melengkung dan mudah tercabut.

 

Mengheret kerusi atau objek berat di atas lantai vinyl juga menyebabkan permukaannya mudah bercalar dan strukturnya rosak.

Elakkan menggunakan berus, kain atau penyapu yang mempunyai jalinan metal seperti steel wool kerana ia akan menyebabkan permukaan vynil bercalar halus dan lama-kelamaan akan menjadi kusam.

Jangan gunakan sebarang peralatan untuk mengilat lantai pada permukaan vinyl.Untuk permukaan yang terkena jatuhan lilin atau gula getah, sudah tentu ianya melekat dan sukar ditanggalkan. Ambil beberapa ketul ais dan sapukan pada permukaan yang terkena kotoran. Apabila lilin dan gula getah tersebut keras sepenuhnya, kikis dengan menggunakan cekera plastik yang digunakan untuk baking atau kikis perlahan-lahan dengan objek plastik.

Kami di Ai Curtains ada menyediakan servis pemasangan lantai vinyl yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Jika anda rasa sukar untuk membuat pemasangan, dan perlukan corak lantai yang bersesuaian dengan perabot atau cat kediaman anda, hubungi Ai Curtains untuk kami bantu realisasikan konsep dalaman rumah kesayangan anda. Dah ramai yang berpuas hati memilih Ai Curtains sebagai “one platform” untuk hiasan dalaman rumah.

Leave A Comment