Langsir-langsir lama disimpan. Setidak-tidaknya boleh digunakan ditempat lain. Pernah kita terfikir untuk memasang langsir lama di dapur? Recycle? Tidak perlulah kita membazir kan. Nanti dulu…
ELAK gunakan langsir lama. Kenapa?
Kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya untuk dihias.
Langsir dapur lebih terdedah kepada suhu yang tinggi, udara panas dan ruang lembap berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur kita sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Fabrik jenis ini dipanggil heavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi, light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal untuk di pasang di ruang dapur kita.
Langsir dapur perlu membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk ke dapur untuk pencerahan secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap, kelam dan tidak sesuai untuk memasak. Kebanyakan heavy curtain berfabrik black out. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga menyilaukan mata kita di dapur atau kita pula yang dapat dilihat terus orang di luar rumah.
Penggunaan Light curtain
Light curtain juga membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain pula hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas saja membuang debunya.
Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea kita kurang sesuai, dimana langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Maka ini menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah kita. Langsir tadi juga mungkin memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan, ini juga boleh memberi risiko langsir mudah terbakar.
Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privasi mungkin menjadi keutamaan kita, dapur sebegini sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh jarak rumah kita dengan jiran sekeliling? Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi kita yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada jalan atau laluan yang sibuk, langsir dapur mungkin bukan satu keperluan. Kita boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana cahaya masuk. Gantikan dengan bidai luar rumah , outdoor blind curtain.
Penggunaan Blind Curtain
Boleh juga digunakan blind curtain. Lebih mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. kita juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur secara optimum.
Warna peralatan, kabinet dan countertop di dapur kita akan mempengaruhi stail langsir yang kita pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan penataan hiasan dalaman dan kabinet dapur. Padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper bercorak lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).
Elemen penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan ukuran langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.
Masih belum jumpa langsir yang sesuai?
Dapatkan idea dari gambar-gambar contoh ini atau hubungi kami di Ai Curtains untuk konsultasi percuma.
Jika anda perlukan khidmat hiasan dalaman mengenai langsir ,bidai, wallpaper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan membantu anda merealisasikan konsep rumah idaman sebagaimana yang anda mahukan. Boleh kunjungi showroom kami di Setia Alam dan Denai Alam.
Baca juga mengenai :-