Desain langsir moden kontemporari selalu menjadi pilihan masyarakat kini agar tidak terkebelakang dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan sudah tentunya segala jenis desain juga lebih kepada moden kontemporari berbanding klasik lama. Moden kontemporari diklasifikasikan sebagai tidak serabut dan menekankan warna-warna pastel dan “striking color”.

Langsir moden kontemporari merangkumi reka bentuk dan gaya yang terkini dalam dunia dekorasi dan hiasan dalaman. Dalam konteks ini, “moden” merujuk kepada elemen-elemen gaya yang bersesuaian dengan trend terkini, manakala “kontemporari” memberikan gambaran bahawa ia sejajar dengan zaman sekarang.

“Langsir jenis ini sering kali mempunyai ciri-ciri seperti garis-garis bersih, warna-warna netral atau palet warna yang semasa, dan bahan-bahan yang ringan seperti linen, katun, atau fabrik sintetik yang mudah diurus. Reka bentuknya mungkin sederhana tetapi menarik, dengan penekanan pada kesan minimalis dan kemasan yang halus.”

Selain itu, ciri-ciri unik seperti teknologi pintar (smart curtains) yang membolehkan pengguna mengawal langsir melalui aplikasi telefon pintar atau peranti pintar lain turut sering ditemui dalam langsir moden kontemporari. Ini mencerminkan integrasi teknologi dalam hiasan dalaman, memenuhi tuntutan gaya hidup masa kini.

 

Cuba perhatikan jenis langsir di rumah salah seorang dari pelanggan kami sebelum di “makeover” kepada corak kontemporari. Apa yang membuatkan ruang tampak lebih sempit, suram dan serabut? Jom kita lihat!
1) Rail yang dipasang terlalu rendah dan hanya melebihi ruang tingkap membuatkan dinding nampak lebih sempit dan rendah.
2) Warna langsir yang digunakan menyamai warna perabot serta lantai dan dah kelihatan macam sesumpah. Kombinasi warna yang kurang menarik ini menjadikan keadaan nampak kusam dan suram walaupun warnanya agak sejuk.

Jom kita lihat pula apa perbezaan selepas tuan rumah menukar langsir kepada moden kontemporari dan lebih menyenangkan.

1) Ruang dinding kelihatan lebih tinggi dan luas kerana rail dipasang lebih tinggi dari sebelumnya.
2) Gabungan warna maroon dan kelabu menaikkan seri rumah kerana wujud perbezaan warna dari segi latar belakang dinding dan lantai. Satu lagi nak nampak ruang sempit lagi luas, mengenakan langsir yang corak jalur mendatar sebegini. Kalau rumah anda jenis siling rendah, pilih langsir yg corak jalur menegak.
3) Untuk nampak efek siling tinggi, langsir biasanya di pasang lebih daripada tinggi atau hingga paras siling. Tapi masa pilih kain, contohnya kain bidang 110 inci, kalau corak kat kain tu melintang, paling tinggi boleh buat langsir adalah 104 inci, ni dah tolak lipat basi. So, jangan berangan nak langsir sampai siling ye. Kalau nak jugak, pilih kain yang sesuai yang tak kacau corak kain. Kalau kain bidang 110 inci, tak banyak guna kain tapi harga kain jd double dengan harga yang 60 inci.
Anda konfius dengan maklumat kami, jom hubungi dan lawati showroom kami di Denai Alam untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma tentang langsir.

Kemudahan penggunaan dan penjagaan juga menjadi keutamaan dalam reka bentuk langsir ini. Kebarangkalian penggunaan mekanisme pemasangan yang mudah dan sistem penutupan atau pembukaan yang efisien adalah tinggi.

Secara keseluruhan, langsir moden kontemporari adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang menggemari pendekatan minimalis, bersih, dan teknologi, sambil tetap mengikut trend terkini dalam seni dekorasi dan hiasan dalaman. Gaya ini memberikan ruang untuk kekreatifan dan penyesuaian mengikut citarasa peribadi, menjadikannya pilihan yang serasi dengan gaya hidup dan keperluan kontemporari.

Jika anda perlukan khidmat hiasan dalaman mengenai langsir ,bidai, wallpaper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan membantu anda merealisasikan konsep rumah idaman sebagaimana yang anda mahukan. Boleh kunjungi showroom kami di Setia Alam dan Denai Alam.

Baca juga mengenai :-

Sofa Lama Tukar Baru

Leave A Comment