Sebagai pakar langsir yang telah berkhidmat selama bertahun-tahun di Ai Curtains, Kak Wani sentiasa gembira apabila dapat membantu pelanggan merealisasikan impian mereka untuk menghias rumah. Baru-baru ini, Kak Wani berpeluang membantu Mr. Suraish dan keluarganya menghiasi rumah baru mereka di Petaling Jaya. Selepas bertahun-tahun menyewa, akhirnya mereka memiliki kediaman sendiri yang selesa dan sesuai dengan gaya hidup mereka. (langsir double layer)
Kak Wani masih ingat bagaimana wajah Mr. Suraish kelihatan risau apabila beliau pertama kali menghubungi tim akak. Sebagai seorang yang sibuk dengan kerjaya, beliau tidak mempunyai banyak masa untuk merancang dekorasi rumah. Akak faham sepenuhnya cabaran yang dihadapi oleh pelanggan seperti beliau. Itulah sebabnya kami di Ai Curtains sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat secara komprehensif, dari pemilihan fabrik sehinggalah ke pemasangan.
Sebaik sahaja menerima panggilan daripada Mr. Suraish, Kak Wani dan tim Ai Curtains terus mengatur lawatan ke rumah beliau untuk membuat pengukuran dan membincangkan pilihan yang sesuai. Kami mencadangkan beberapa pilihan langsir yang berbeza untuk setiap ruang:-
Living Hall – Ripplefold
Untuk ruang tamu yang luas ini, Kak Wani cadangkan langsir Ripplefold yang anggun. Akak jelaskan kepada Mr. Suraish bagaimana lipatan yang halus dan mewah akan memberikan sentuhan sofistikated kepada ruang ini. Lihat hasilnya lepas dah siap pasang. Langsir sheer tu kira benda wajib kalau nak pasang langsir. Material kain yang kami pakai bukan yang biasa tu tau, ketebalan menapis cahaya dan haba. Kiranya walaupun nampak cerah, tapi korang takkan rasa haba panas. Jimatlah letrik kannn…!
Guest Room – Timber Blinds
Bilik tetamu perlukan penyelesaian yang praktikal, jadi Kak Wani syorkan untuk pasang Venetian Timber Blinds. Akak tunjukkan kepada mereka bagaimana ia mudah diselenggara sambil memberi kawalan sempurna terhadap pencahayaan dan privasi. Untuk color dinding yang krim macam ni, kita suaikan dengan timber blind warna putih dan bertulang coklat.
Untuk bilik tengah, Kak Wani cadangkan langsir Singapore Pleat yang rapi. Gaya lipatan yang kemas ini sangat sesuai dengan ruang tersebut, memberikan kesan yang anggun dan seimbang.
Bahagian paling best, ialah di bilik utama. Kak Wani cadang umtuk gabungkan Singapore Pleat dengan Timber Blinds. Jadi, kalau ada 2 ruang tingkap dalam satu bilik, elok selang selikan dengan blinds dan langsir, barulah tak nampak serabut sangat.
Selepas Mr. Suraish setuju dengan cadangan akak, Tim Ai Curtains segera memulakan kerja. Kami memastikan setiap langsir dipasang dengan teliti dan profesional. Kak Wani masih ingat ekspresi gembira pada wajah keluarga tersebut apabila melihat hasil akhirnya. Ia sememangnya memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada akak apabila dapat membantu pelanggan menjadikan rumah mereka lebih sempurna dan selesa.
Sebagai pakar langsir, Ai Curtains sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat nasihat untuk langsir custom. Dengan pengalaman puluhan tahun dalam industri ini, Kak Wani dan Tim Ai Curtains komited untuk memastikan setiap pelanggan mendapat langsir yang sempurna untuk rumah mereka.
Jika anda berminat dengan perkhidmatan kami, boleh hubungi Kak Wani di SINI atau layari www.aicurtains.com untuk maklumat lanjut.
Anda yang tinggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh juga walk-in ke Ai Curtains di Setia Alam dan Denai Alam.
Sekiranya anda nak repair sofa lama, kami juga sediakan servis Upholstery. Boleh baca DI SINI