Apabila masuk ke dalam rumah, kita sama sekali tak pernah terfikir kenapa kena pasang langsir. Boleh jer kalau nak biarkan tingkap tu togel jer, dan pasang jer tinted untuk halang cahaya dan haba panas masuk.

Langsir rumah ni sebenarnya satu kemestian dan pelengkap hiasan dalaman sesebuah rumah. Ia berperanan menaikkan lagi seri rumah itu sendiri. Sebab tu pentingya untuk anda tentukan konsep hiasan dalaman rumah anda, warna dan fabrik yang tepat.

Apakah Fungsi Langsir Rumah?

Selain mencantikkan hiasan dalaman rumah, langsir juga ada peranan tersendiri yang mungkin anda tak tahu. Antaranya, ada 3 fungsi paling utama.

  1. Menghalang Habuk – Selalunya kita di Malaysia akan buka tingkap untuk mendapat peredaran udara yang segar. Tapi bukan udara segar je masuk, semua habuk, serpihan halus dan serangga pun masuk rumah sekali! Jadi, dengan adanya langsir mampu menghalang bahan pencemar ini masuk ke dalam rumah.
  2. Menghalang Perabot Pudar – Langsir dapat mengawal sinaran matahari yang masuk ke rumah anda. Ini penting sebab haba matahari ni mampu memudarkan perabot kesayangan anda.
  3. Wujudkan Privasi –  Penggunaan langsir mampu menghalang orang dari luar melihat ke dalam rumah anda. Ia sebagai perantara untuk menutup segala rahsia dalam rumah kita termasuklah aurat isi rumah, atau nama lain dipanggil aurat hartanah. Jadi, langsir adalah cara paling mudah dan popular bagi memastikan anda dapat menjalani kehidupan peribadi tanpa gangguan. Dah tahu fungsi langsir yang selama ni kita tak pernah ambil tahu, jom kita tengok pula jenis fabrik yang sesuai dibuat langsir.

3 Fabrik Langsir Paling Terkini

Setiap jenis langsir berbeza mengikut pemilihan tempat, konsep, dan citarasa pengguna. Ada yang nak letak pada tingkap ruang tamu, tingkap bilik tidur, tingkap dapur, sliding door, pintu utama dan macam-macam lagi. Kesemua ciri-ciri ini pasti sudah ada di pasaran tinggal lagi kuasa anda untuk memilih fabrik yang sesuai dan berpatutan dengan bajet anda sahaja. Di sini kami lampirkan 3 jenis dari fabrik ringan, fabrik separa ringan dan juga fabrik blackout.

1. Fabrik Ringan

Fabrik ringan atau jarang sebegini seperti sheer , organza dan juga voiles. Kain jenis ini menjadi penapis yang mampu menyaring kemasukan cahaya dalam ruang rumah dan mencipta suasana yang lembut dan tenang.

Jadi ia amat sesuai dijadikan langsir siang kerana ia membenarkan aliran cahaya masuk dan membantu anda melakukan aktiviti seharian dengan tenang. Dalam masa yang sama, privasi anda juga masih terpelihara. Anda tak perlu risau kerana fabrik ini juga mudah dijaga dan tahan lama disebabkan oleh bahan polimer yang ada.

 

2. Fabrik Separa Ringan 

Fabrik separa ringan ini selalunya mengandungi cetakan flora , bertekstur, polos dan juga jacquard.

Kebanyakan fabrik jenis ini memiliki saiz yang tebal dan juga berkualiti tinggi yang ia mampu menghalang pandangan luar masuk ke dalam kediaman.  Secara amnya, ia berfungsi sebagai langsir yang mampu melindungi privasi anda terutama sekali untuk ruang seperti bilik tidur, ruang keluarga, ruang kerja dan juga ruang belajar.

Fabrik ini juga mempunyai pelbagai design terkini dan moden merangkumi pelbagai corak dan warna. Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting dalam memilih langsir. Warna yang bersesuaian dapat memberi impak kepada ruang rumah anda.

 

3. Fabrik Blackout

Rumah boleh nampak intrend seperti hotel mewah kalau pasang langsir jenis ini, fabrik jenis blackout ni memang tahan lama dan materialnya lebih berat daripada kain langsir biasa. Fabrik blackout membuatkan jatuhan kain nampak kemas dan elok.

Teksturnya lembut dan beralun.

Namun, anda tak perlu risau untuk memilih jenis fabrik kerana team Ai Curtain bersedia membantu merealisasikan rumah impian anda. Kami merupakan one stop centre untuk hiasan dalaman rumah anda. Kunjungi kami dan datang ke showroom kami di Setia Alam.

 

 

Leave A Comment