Langsir adalah pelengkap hiasan sesebuah rumah. Langsir juga berperanan menutup aurat hartanah kita. Perasan tak, jika dalam sesebuat rumah tu kalau tak dipasang langsir, rasa macam kosong dan tak ada seri. Bila pasang jer langsir, terus naik seri sesebuah ruang. Tapi, jika salah membeli langsir, ruang jadi buruk. Tak kira lah sama ada salah pilih warna yang berpadanan dengan dinding ke, atau salah memilih material dan labuh langsir ke, tetap nampak buruk jika tak kena gayanya. Kita juga yang rugi nanti.

Jom kita elak untuk buat banyak kerugian dalam memilih langsir…

1. UKUR LABUH ATAU SENTENG

Bila beli langsir, ukur betul-betul. Langsir yang terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai. Jangan sampai menyapu lantai atau tersenteng. Elakkan juga langsir yang cukup-cukup atas frame tingkap dah macam pakai mini skirt. Langsir begini nampak ruang lebih sempit dan tak elok.

2. PEMILIHAN WARNA TERANG – GELAP

Kalau rumah kecil, pilih warna yang senada dengan dinding. Jika warna tak senada, nanti ruang nampak sempit , pandangan mata pun nampak semak. Jika memilih warna warm neutral seperti coklat, krim, light brown, jangan pula padankan dengan warna cool neutral macam biru muda, kelabu samar dan turquoise muda. Padanan ni nampak bercanggah dan serabut. Ingat balik tujuan kita pasang langsir sebab nak suasana nampak harmoni dan sejuk.

3. RASA KETEBALAN FABRIK

Kita kena pastikan ruang kediaman kita cukup cahaya matahari atau tidak. Jika dah kena block dengan rumah lain, confirm rumah kita akan suram walaupun tengahari. Jadi langsir yang lebih nipis lebih sesuai, paling tidak pun pakai langsir jenis sheer kerana ia mampu membenarkan cahaya matahari masuk. Padankan pula dengan dinding putih, nampak sweet jer. Jika pasang langsir blackout, rumah yang diapit ni akan nampak lebih gelap di siang hari dah nak kena pasang lampu siang-siang.

4. KENALI PENGGANTUNG LANGSIR

Awal-awal lagi kena ambil tahu konsep apa yang kita nak desain untuk rumah kita. Bukan boleh hentam jer beli kayu penggantung langsir ni dan tak semua sesuai untuk semua konsep. Jangan beli penggantung ala-ala country tapi pakai untuk moden atau klasik. Jadi, pastikan anda memilih penggantung yang betul sesuai dengan jenis langsir yang hendak di pasang. Jika ragu-ragu, bertanya kepada pakar langsir Ai Curtain .Besi, kayu, hitam, emas,kerawang ,perak ,polos, semua tu akan memberi impak kepada ruang anda. Jangan nanti duit abis, langsir buruk..aduhh!! Lagi menyakitkan hati.

5. SUAI PADAN CORAK

Yeahhhh! Kita paling keliru bab ni. Ingat kembali adakah kita ingin langsir menyerlah dari yang lain atau sebagai elemen menyokong konsep asal  atau perabot yang ada? Pilih satu jer yang bercorak sama ada langsir, wallpaper, sofa atau carpet. Contohnya, jika langsir atau sofa sudah ada corak, langsirnya biar yang kosong . Begitu juga sebaliknya, biar ada keseimbangan.

Contoh dinding bercorak dengan wallpaper, langsir pula kosong, barulah naik seri.

Ini pula contoh hasil dinding kosong dan dipasang langsir dari Ai Curtains bercorak, dipadankan dengan permaidani bercorak, sweet jer kan.

6. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN

Ukur tubuh pada badan sendiri, ukur langsir pada jendela sendiri, jangan sampai orang kata pakai langsir pinjam. Biasanya rekaan sarat macam dalam istana tu untuk ruang yang luas, tetapi ianya sangat tak sesuai jika di bawa ke suasana rumah sempit seperti apartment atau pangsapuri. Untuk rumah sempit, seeloknya material yang dipilih haruslah jenis kosong agar nampak ruang lebih luas.

7. ILUSI LEBAR DAN PENDEK

Ada jenis rumah yang jendelanya sepasang di tengah dinding sekitar lebar 8 inci. Selalunya terdapat di kamar kedua unit apartment atau kondo. Jangan biarkan ruang nampak biasa, dan kosong. Penuhkan ruang kosong itu dengan langsir polos dan hias bahagian jendela dengan lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Teknik simple sebegini mampu menaikkan seri ruang. Simple tapi indah dipandang.

8. SEDIAKAN PILIHAN KEDUA

Jangan rambang mata tengok desain kat kedai nampak cantik, kita pun beli. Hakikatnya tak sesuai dengan konsep dalam rumah kita. Contohnya bagi yang menyukai konsep klasik, boleh padankan langsir tussel dengan bidai Roman. Penggunaan bidai Roman juga masih nampak klasik dan mahal kerana rekaan bidai roman boleh dibuat dari fabrik berkualiti dan automatik jendela nampak mahal .

Inilah sebahagian tips yang perlu anda ambil tahu sebelum membeli langsir. Jika masih rasa susah nak memilih corak yang sesuai, kunjungi Ai Curtains, wakil kami akan bantu anda realisasikan rumah impian anda. Tak perlu ragu-ragu lagi.

 

Leave A Comment