Bagi sebahagian orang, memasang karpet di dalam rumah merupakan cara mencipta nuansa yang hangat dan nyaman. Akan tetapi, ada pula orang-orang yang menggunakan karpet sekadar untuk mencantikkan ruang. Oleh itu, pemilihan karpet yang berkualiti tinggi dengan motif yang unik menjadi pilihan utama seperti karpet Guzel Persian dari Turki ini.
Karpet Persian sangat dikenali umum dengan harganya yang maha. Sesetengah orang mengganggap karpet ini mahal kerana motifnya yang unik yang membuatkan ianya mudah untuk dibezakan dengan karpet jenis lain. namun demikian, ada beberapa hal yang membuatkan karpet jenis ini terkenal dengan harganya yang mahal.
- Ditenun – Satu hal yang mempengaruhi harga karpet Persian ini ialah tempoh masa yang diambil untuk membuatnya. Ianya dibuat oleh penenun terampil yang mengikat ribuan simpul secara manual menggunakan tangan (handmade). Walaupun cara ini memakan masa , tidak hairanlah jika satu karpet Persian memakan waktu yang cukup lama untuk disiapkan.
- Kualiti material – Karpet Persian terbaik dibuat daripada material alami seperti wol, sutra dan katun. Semakin baik kualiti material yang digunakan, semakin mahal pula harga jualnya. Karpet yang dibuat dari benang yang lebih halus, misalnya sutra dan katun, mengambil masa yang lama untuk ditenun. Jadi, harga jualnya pun akan lebih mahal. Ada beberapa material berbeza digunakan dalam pembuatan karpet Persian, salah satunya adalah sutera di atas sutera (silk-on-silk). Sutera di atas sutera mebgacu pada tenunan benang sutera di atas alas sutera. Karpet akan ditenun secara manual dengan benang sutera yang halus dan kuat. Sutera adalah material yang sangat halus. Jadi, ianya memerlukan jutaan simpul untul membuat karpet Persian silk-on-silk. Inilah yang membuatkan karpet Persian jenis ini memiliki pola yang lebih jelas dan terperinci. Ada juga karpet Persian sutera Qum yang dibuat daripada sutera dan wol halus. Sementara itu, sebahagian besar karpet Persian, dibuat daripada kombinasi wol dan katun. Kombinasi ini menciptakan design tahan lama , serta detail yang rumit.
3. Usia – Umumnya, semakin tua karpet Persian, nilainya semakin tinggi. Faktanya, karpet Persian yang berasal dari abad ke-15 dan ke-17 biasanya memiliki harga paling tinggi kerana keunikannya. Sebab, karpet yang diperbuat pada masa tersebut dalam kondisi yang berbeza. Pada zaman dahulu, penenun membuat karpet untuk kegunaan peribadi. Jadi, mereka sangat mementinkan kualiti dan menggunakan warna yang paling cantik.
4. Desain yang unik – Karpet Persian bukanlah sekadar menutup lantai. Ianya merupakan karya seni paling unik yang terkenal kaya dengan warna dan desain yang rumit. Ada beberapa jenis karpet memiliki desain yang terinspirasi dari alam, bahkan sekitar pemandangan para penenun.
Kami di Ai Curtains juga ada menyediakan karpet Turki Persian ini dan materialnya juga amat berkualiti. Hubungi wakil jualan kami untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pembelian karpet Guzel New Persian ini.