Salah ukur langsir membuatkan keseluruhan pembikinan langsir akan tergendala atau kelihatan cacat.Langsir adalah elemen penting dalam hiasan dalaman kediaman kita. Tahukah anda? Guna langsir sahaja dapat menyerlahkan keserian ruang kediaman. Contohnya, dengan menggunakan teknik yang betul, kediaman yang sempit akan kelihatan lebih luas daripada kebiasaannya.

Menghias tingkap dengan langsir atau bidai memang merumitkan. Lazimnya fabrik yang menjadi keutamaan ialah 100% kapas atau campuran kapas dan polyester. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Teknik pemasangan langsir amat memainkan peranan penting dalam menentukan keadaan gantungan langsir itu cantik dan kelihatan kemas.  Ini kerana jika teknik pemasangan yang salah, akan membuatkan langsir kelihatan singkat dan tak kemas. Selain itu, pemilihan jenis fabrik dan keluasan bidang kain juga mempengaruhi faktor kekemasan pemasangan sesebuah langsir.

Berikut adalah pantang-larang (Do’s & Don’ts) yang perlu ada dalam teknik pemasangan langsir :-

1 ) FAKTOR PENJARAKKAN DENGAN SILING DAN BINGKAI TINGKAP.

Mengukur merupakan titik tolak menentukan saiz langsir yang akan dijahit dan saiz rod langsir yang akan di potong. Rod langsir perlu dipasang lebih ke atas mendekati siling dan penjarakkan dari siling lebih kurang 1 hingga 3 inci dari siling. Jangan letakkan rod langsir betul-betul di atas bingkai tingkap kerana akan membuatkan ruang nampak lebih sempit. Menaikkan rod pula membuatkan ruang tampak luas dan lebar.

2) LABUHKAN LANGSIR SEHINGGA MENCECAH LANTAI.

Gunakan langsir yang berukuran 1/2 inci mencecah lantai dan penggunaan langsir yang terlalu pendek akan membuatkan ruang nampak sempit. Penggunaan kain juga perlu banyak bagi menyediakan langsir mencecah lantai dan “flowy”.

3) TINGGIKAN UKURAN LANGSIR LEBIH 8-12 INCI DARI UKURAN SEBENAR TINGKAP.

Gunakan batang rod yang lebarnya melebihi saiz tingkap sebenar supaya semasa langsir di tarik, ianya tidak menutupi ruang tingkap dan menghalan pencahayaan masuk. Jika kain langsir menutupi ruang tingkap semasa tingkap dibuka, pencahayaan penuh tidak masuk dari luar dan ini menyebabkan ruang dalam kamar menjadi gelap jika dipasang dengan langsir jenis “blackout”. Jangan gunakan batang rod pendek yang memaksa langsir anda menutupi kebanyakan tingkap.  Selain itu, ia juga dapat menyebabkan kesan visual ruang nampak kecil dan sempit.

4) PENGGUNAAN 2 PANEL LANGSIR SUPAYA LEBIH STABIL.

Gunakan 2 panel langsir di kedua-dua belah tingkap supaya kelihatan seimbang. Penggunaan 1 panel langsir menampakkan ruang yang tidak efisyen dan seimbang. Penampakan batang rod kosong juga mencacatkan penglibatan langsir.

5) TAMBAH KELEBARAN LANGSIR

Lebar langsir perlu ditambah supaya kelihatan lebih beralun. Jika anda membeli langsir “readymade”, pastikan beli 2 set untuk sebuah tingkap, dalam 2 set ini mempunyai 4 panel dan cantumkan setiap 2 panel menjadi 1 dan cuba pasang langsir yang dah dicantumkan itu ke tingkap, supaya ianya nampak lebih beralun berbanding memasang hanya 1 panel untuk sebelah tingkap. Namun, pilihan ini bergantung kepada bajet anda juga. Cara yang betul, Pastikan railing atau rod langsir mempunyai kelebaran yang lebih pada bahagian kiri dan kanan  tingkap. Ini antara kaedah mendapatkan kesan yang lebih menarik. Formula asasnya adalah seperti berikut :-

a) Ukuran lebar bingkai tingkap (katakan 100 inci)

b) Kirakan 25% daripadanya (25% daripada 100 inci ialah 25 inci)

c) Bahagikan dengan 2 (25 inci bahagi 2 adalah 12 1/2 inci)

 

Nak lebih mudah, anda boleh menempah terus melalui penyedia langsir seperti Ai Curtains , kami sedia untuk datang mengukur, menjahit, dan memasang langsir untuk kediaman anda. Jika anda perlukan langsir “readymade” dan mahukan DIY sendiri juga ada kami sediakan untuk di pos ke seluruh negara. Anda boleh lihat contoh pemasangan langsir kami di kamar tidur seperti ini.

Hubungi Ai Curtains untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh kunjungi showroom Ai Curtains di Setia Alam, di sini anda boleh memilih dan melihat pelbagai contoh material fabrik langsir, bidai, wallpaper dan carpet untuk keseluruhan ruang kediaman anda. Kami merupakan penyedia langsir, bidai, karpet, tile, wallpaper dan membaik pulih sofa untuk keseluruhan rumah anda.

Leave A Comment