Wallpaper adalah gambar latar belakang yang kerap digunakan pada gawai, laptop atau dekorasi ruangan. Untuk rumah kebiasaannya disebut wallpaper adalah kertas yang digunakan untuk menutup dan mendekorasi ruangan. Kertas dinding ini dapat menjadi alternatif pilihan menggantikan cat. Dalam era 2023 ini, banyak kediaman dihiasi dengan wallpaper bagi mencantikkan ruang sesebuah bilik kerana soraknya yang elegan dan nampak mewah. Berikut adalah idea mengapa dikatakan 6 sebab mengapa wallpaper lebih baik dari cat.
Wallpaper merujuk kepada sejenis hiasan dinding yang terbuat daripada bahan kertas atau bahan lain yang dipasang di permukaan dinding bagi memberikan corak atau warna tambahan kepada ruangan. Wallpaper sering kali digunakan sebagai alternatif kepada cat dinding, dan ia boleh memberikan pelbagai corak, tekstur, dan reka bentuk yang berbeza-beza.
Wallpaper boleh terdiri daripada pelbagai bahan, termasuk kertas, vinyl, fabric, atau bahkan bahan sintetik yang lebih moden. Setiap bahan mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti ketahanan terhadap lembapan, kebolehan pembersihan, dan keupayaan untuk menahan kerosakan.
“Wallpaper lebih baik dari cat”
Kelebihan menggunakan wallpaper termasuklah peluang untuk mencipta gaya yang berbeza dalam ruangan. Wallpaper juga dapat digunakan untuk menonjolkan dinding tertentu, mencipta rasa visual, atau memberikan kesan ruang yang lebih besar. Selain itu, banyak pilihan corak dan warna membolehkan seseorang menyesuaikan dekorasi ruangannya mengikut citarasa peribadi.
1) Tahan Lama
Wallpaper boleh tahan 5 hingga 10 tahun,kebanyakan wallpaper yang berkualiti tidak akan pudar. Jika dibandingkan dengan cat, sudah tentu perlu di cat semula selepas 2-3 tahun.
2) Wallpaper amat mudah dibersihkan.
Sekiranya kotor, kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, seminggu sekali perlu di kibas dengan bulu ayam dan penjagaan setahun sekali elok dicuci dengan sabun lembut.
3) Wallpaper tidak Berbau
Kalau cat dari jenis yang agak murah akan memberi bau yang tidak menyenangkan, berbanding wallpaper.
4) Wallpaper memberi texture menarik
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan lebih menaikkan seri dan mengindahkan ruang rumah.Berbanding penggunaan cat yang hanya nampak kosong.
5) Kerosakan wallpaper boleh dibaiki.
Sekiranya ada wallpaper yang terkoyak,kotor yang tak dapat dibersihkan,maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan amat perlu menyimpan sekurang-kurangnya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini. Ini menunjukkan wallpaper lebih baik dari cat.
6) Wallpaper boleh menutup rekahan tembok dan kecacatan dinding lain.
Jika rumah kita ada rekahan yang agak ketara, cat agak susah untuk menutupnya kecuali menggunakan penampal terlebih dahulu. Begitulah hujah yang membawa kepada wallpaper lebih baik dari cat.
Itulah kelebihan wallpaper berbanding cat.
PROMO WALLPAPER untuk design terpilih masih berjalan..CEPAT!!!
Pemasangan wallpaper biasanya melibatkan proses menyapu sejenis lem pada belakang kertas tersebut dan menempelkannya ke dinding. Wallpaper juga boleh dipasang secara sementara atau dengan corak yang mudah digantikan, memberikan fleksibiliti kepada pemilik rumah untuk mengubah suasana ruangan tanpa melibatkan kerja cat yang rumit.
Secara keseluruhan, wallpaper adalah elemen hiasan dalaman yang popular dan serbaguna, memberikan pelbagai pilihan reka bentuk dan memberikan sentuhan dekoratif kepada ruangan.
Jika anda perlukan khidmat hiasan dalaman mengenai langsir ,bidai, wallpaper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan membantu anda merealisasikan konsep rumah idaman sebagaimana yang anda mahukan. Boleh kunjungi showroom kami di Setia Alam dan Denai Alam.
Baca juga mengenai :-