Ramai di antara ibu-ibu atau suri rumah ingin mengetahui bagaimana caranya membezakan bidai yang berkualiti dan kurang berkualiti. Tak kisah di mana anda membeli bidai, pastikan anda tahu menilai kualitinya. Berikut ada 5 tips untuk anda membezakan bidai yang berkualiti ataupun kurang berkualiti:
1) Material
Jika disebut tentang kualiti, pasti ramai yang mengatakan jenis material. Ya, memang betul. Kualiti bergantung kepada jenis material /fabrik yang digunakan. Untuk bidai yang berkualiti, seharusnya apabila anda menyentuhnya, materialnya akan terasa tebal, kain tidak cepat koyak/ kayu tidak mudah patah dan bengkok, dan selesa apabila dipegang.Ataupun apabila anda memakainya, tali tidak mudah tersekat dan berfungsi dengan baik dan penggantung bidai tidak mudah tercabut. Ada juga bidai berkualiti yang murah, namun mungkin kualitinya hanya boleh dikategorikan sebagai sederhana. Atau mungkin anda hanya boleh dapatkan harga yang murah jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak.
2) Warna Dan Corak
Untuk yang berkualiti rendah/ berkualiti baik tetapi murah, anda akan dapati agak sukar mendapatkan warna dan corak yang menarik. Selalunya harga yang murah untuk warna dan corak yang biasa manakala warna dan corak yang menarik dijual pada harga yang agak tinggi sedikit. Namun begitu, warna dan corak ini anda boleh tentukan kualitinya apabila anda melihatnya dengan mata kasar. Untuk yang berkualiti rendah, warna bidai sebenar agak jauh beza dengan warna bidai di dalam gambar dan kemungkinan coraknya tidak 100% sama. Berbanding bidai kualiti tinggi di mana warna sebenar dan di dalam gambar adalah sama atau tidak jauh beza.
3) Dikilangkan Dimana
Ada sesetengah orang tidak kisah dimana sesuatu produk itu dikilangkan.
Namun ada juga yang menitik beratkan soal pengilangan produk. Walau bagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda. Jika anda boleh dapatkan bidai dengan harga yang terlalu murah, lebih baik anda bertanya kepada si penjual di mana ia dikilangkan atau adakah penjual boleh memberi jaminan untuk bidai yang mereka jual.
4) Ukuran
Jika anda boleh dapatkan harga bidai yang murah, sudah tentu ianya adalah readymade iaitu bidai yang telah siap diukur dan hanya ada beberapa ukuran sahaja. Bidai readymade dibuat untuk standard ukuran tingkap dan selalunya ia tidak boleh ditambah dengan apa2 corak dan warnanya pula terhad. Untuk bidai custom made, anda boleh tempah mengikut ukuran, warna dan corak yang anda inginkan. Bidai custome made sesuai untuk semua jenis tingkap. Sama ada tingkap dengan ukuran standard atau tingkap berukuran luar standard dan saiz berbeza. Ianya juga sesuai jika anda ingin menempah mengikut kreativiti anda.
5) After sales servis
Pernah dengar bahawa penjual yang terbaik adalah apabila dia menyediakan servis sampingan? Bukan setakat menjual produk, namun penjual juga ada menyediakan servis khas untuk pelanggannya. Antara servis sampingan yang mereka boleh sediakan adalah…servis penghantaran, servis mengukur, servis pemasangan, servis membaik pulih dan sebagainya.
Kami di Ai Curtain juga ada menyediakan bidai jenis Timber Blind begini. Terdapat dalam 13 pilihan warna dan anda boleh memilih mengikut saiz tingkap kediaman anda. Lawati Showroom kami di Denai Alam dan quotation percuma disediakan.