Ai Curtain ingin berkongsi 5 idea langsir yang sesuai untuk tingkap di rumah anda.

Langsir memainkan peranan penting dalam rumah. Mereka menawarkan privasi, penebat dan meningkatkan ruang secara dramatik. Sekiranya anda memilih langsir yang sesuai untuk tingkap anda, ia boleh menjadi titik tumpuan bagi rumah anda. Jadi, jika anda memerlukan idea langsir yang sungguh berguna, anda mesti suka akan kongsian ini. Kami telah mengumpulkan 5 idea langsir untuk tingkap anda. Anda boleh memilih pelbagai jenis langsir bergantung pada keperluan anda.

1. Langsir Sheer

Sinonim dengan nama sheer, amat sesuai dipakai di mana-mana tempat di rumah untuk menawarkan perasaan ringan dan lapang yang melembutkan suasana rumah. Langsir berwarna putih yang disukai ramai kelihatan elegan dan moden ketika digantung. Pada siang hari, langsir sheer memberikan privasi yang lebih baik kerana dapat mengelakkan suasana di dalam rumah daripada pendedahan terus ke persekitaran luar rumah. Selain itu, langsir sheer juga berfungsi untuk menawarkan cahaya matahari yang optimum untuk memasuki rumah.

2. Langsir Tebal dan Berat

Material kain langsir yang tebal dan berat menyebabkan langsir nampak cantik bila digantung. Berat langsir biasanya dikira melalui g/meter persegi. Terdapat pelbagai berat langsir di pasaran, berat kain langsir yang standard biasanya dalam 200 – 250g/sqm, manakala 270 – 350g/sqm untuk material yang lebih baik. Terdapat juga kain langsir jenis premium yang lebih dari 350g/sqm.

 

Untuk berat langsir yang standard atau lebih berat, jatuhan langsir nampak lebih kemas dan tidak kelihatan melayang-layang.

 

Langsir yang berat biasanya tebal dan mempunyai lapisan benang hitam di bahagaian lapisan tengah langsir untuk berfungsi sebagai penghalang cahaya yang baik dan juga membantu mengurangkan suara dan bunyi bising.

 

Ketebalan dan kelembutan tekstur kain langsir yang berat memberi ilusi mewah pada ruang tamu atau bilik anda. Oleh sebab itulah langsir berat dan tebal selalu menjadi pilihan pereka hiasan dalaman rumah.

3.Langsir Bercorak Kecil atau Samar-samar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adakah anda telah bosan dengan langsir plain tanpa corak di rumah anda? Sebenarnya anda boleh mencuba langsir bercorak kecil atau samar-samar sebagai pilihan alternatif untuk langsir jenis plain. Ia boleh memastikan langsir tidak kelihatan terlalu serabut dari jarak jauh, dan pada masa yang sama dapat menghiaskan rumah dengan corak-coraknya yang menarik apabila diperhati pada jarak dekat. Apabila menggunakan langsir bercorak samar-samar, anda boleh menggunakan langsir berwarna lebih terang dan bernada neutral untuk menjadikan tingkap anda menonjol, terutamanya jika perabot atau hiasan anda yang nada lembut. Hal ini dapat menonjolkan corak kecil-kecil pada langsir tersebut.

Memilih langsir berwarna terang juga nampak menarik, luas dan lebih ceria ruangan rumah anda.

Akan tetapi, langsir berwarna terang lebih sesuai dipasang di ruang tamu dan ruang makan atau saiz ruangan yang lebih kecil. Warna langsir yang gelap kebanyakannya digunakan bagi tujuan ketenagan dan amat sesuai untuk bilik tidur.

4. Gabungkan warna yang berbeza pada langsir

Gabungan dua warna pada satu langsir adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk manaikkan seri rumah. Ini juga dapat meneutralkan warna langsir kerana tanpa kelihatan terlalu gelap jika hanya menggunakan langsir berwarna gelap, atau tidak kelihatan tertalu terang dengan memasang langsir berwarna terang. Gabungan warna langsir dicadangkan untuk digabung daripada dua warna yang kontras keterangan untuk memastikan keberkesanannya. Contohnya warna Dark Grey (gelap) + warna Greenish Turquoise (terang) atau warna Navy Blue (gelap) + Mustard Gold (terang). Gabungan warna langsir amat popular untuk kebanyakan rumah bergaya moden pada masa ini.

 

Langsir kombinasi dua warna berlaku menggunakan dua kaedah. Salah satu ialah gabungan kontras yang lebih sesuai untuk orang yang suka kreatif dan unik.

Kedua ialah gabungan warna harmoni. Langsir dua warna memberi ruang kepada tona asasnya dan membantu meningkatkan ketinggian bilik.

5.Lapiskan Langsir Anda 

Langsir Siang & Langsir Blackout
Langsir siang adalah langsir jenis jarang (sheer) yang sesuai untuk menghalang cahaya pada waktu siang.  Kecuali itu, langsir siang dipasang dengan banyak alasan: sebagai elemen hiasan, untuk penyerapan suara, kawalan suhu, atau untuk menambahkan elemen privasi ke dalam ruangan. Ia menambahkan lapisan tekstur lembut pada hiasan anda, dan kerana penampilannya yang ringan, mereka tidak akan mengalahkan bahagian dalaman anda.
Untuk melapisi langsir dengan betul, anda perlu memilih kombinasi kain, saiz dan warna yang tepat. Menggabungkan langsir siang dengan
langsir berwarna ataupun langsir blackout adalah salah satu teknik. Langsir berwarna boleh dilapis di depan untuk menarik perhatian.

Langsir blackout boleh menghalang lebih banyak cahaya masuk ke dalam bilik atau menutupnya untuk privasi sepenuhnya. Mencampurkan langsir berwarna atau langsir blackout dengan langsir siang, anda dapat cahaya matahari menyaring di dalam rumah anda pada waktu siang dan ruang gelap untuk tidur malam yang nyeyak.

Jika anda perlu khidmat hiasan dalaman tentang langsir ,bidai, wall paper dan kemasan flooring, boleh terus hubungi wakil Ai Curtains. Kami akan bantu anda realisasikan konsep rumah idaman seperti yang anda mahukan. Boleh datang ke show room kami di Setia Alam dan Denai Alam.

Baca juga tentang :-

Cara Cuci Langsir Guna Mesin Basuh Agar Nampak Baru Dan Tidak Rosak

 

Leave A Comment