Kami diberi tugasan untuk menyiapkan dan memasang langsir setinggi 301″ ketinggian dari perabung atap sehingga mencecah lantai, semasa tak pasang langsir, nampak suasana macam kosong dan tidak memaparkan identiti yang mewah. Pelanggan kami ni seorang Interior Designer, sudah tentu beliau mahukan kelainan yang unik dalam menghiasi kediaman peribadi beliau. Selepas dipasang langsir, suasana kediaman dah nampak macam dalam istana raja, magik sangat. Jom kita tengok suasana sebelum pemasangan dan selepas pemasangan langsir ini.