Karpet yang berasal dari Turki ini bukan sekadar berfungsi menjadi pelengkap dekorasi rumah. Bagi sebahagian orang, karpet juga merupakan barang seni seperti lukisan. Dengan varian harga yang berbeza, karpet jenis Guzel New Persian ini antara paling laris kerana materialnya yang premium berkualiti, berat dan corak yang premium.

Atta Ul Karim, pemilik Al-Barkat Oriental Rugs dan Carpets memberikan fakta-fakta menarik tentang yang disukai orang Indonesia mahupun Malaysia. Antaranya ialah :-

  1. Orang Indonesia dan Malaysia paling menyukai karpet Turki dan Iran

Turki merupakan negara pengeksport karpet terbesar dan mempunyai peminat dari Indonesia dan Malaysia. Namun begitu, harganya juga setanding dengan kualitinya yang premium dan jika nak dibandingkan dengan kualitinya yang kukuh, ia jauh lebih murah.

  2. Bulu yang padat dan berat

Karpet Turki ini lebih berat dan mempunyai kemampatan bulu yang padat menyebabkan habuk tidak mudah terkepung dalam karpet. Kualitinya yang sangat bagus dan jisim yang berat menyebabkan karpet tidak mudah berganjak di atas lantai setelah dihampar.

 3. Filosofi penggunaan karpet

Tradisi duduk di lantai juga turut mempengaruhi penjualan karpet bagi orang Malaysia. Sesuai dengan jisim yang berat, ianya sangat lembut dan empuk jika kita duduk di atas lantai yang di alas karpet Turki ini.

4. Corak Mahal

Corak carpet ini menjadi pilihan ramai kerana mempunyai banyak design yang mewah dan seolah-olah berbulu emas kena dengan hamparan dalam rumah terus nampak mewah dan unik. Ianya menaikkan seri sesebuah rumah.

5. Lebih 200 design dan warna yang memikat

Carpet ini disediakan dengan lebih 200 jenis design dan warna yang membuatkan kita rambang mata untuk memilih kerana semuanya cantik-cantik. Rekaan karpet Turki ini, menjadi pilihan golongan-golongan elit terutamanya dan keluasan karpet juga disediakan mengikut saiz sesebuah ruang.

Kami di Ai Curtains juga menyediakan pemasangan karpet jenis Guzel New Persian dari Turki ini, ternyata pelanggan-pelanggan kami amat menggemarinya kerana material yang sangat berkualiti.

 

Di bawah ini antara corak-corak yang kami sediakan, dan boleh dipasang terus di kediaman anda.

Jemput melawat showroom kami dan anda boleh lihat katalog karpet ini dan rasai materialnya sendiri. Pastinya anda lebih menyukai karpet ini setelah melihatnya.