Corak moden kontemporari selalu menjadi pilihan masyarakat kini agar tidak terkebelakang dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan sudah tentunya segala jenis desain juga lebih kepada moden kontemporari berbanding klasik lama. Moden kontemporari diklasifikasikan sebagai tidak serabut dan menekankan warna-warna pastel dan “striking color”.

Cuba perhatikan jenis langsir di rumah salah seorang dari pelanggan kami sebelum di “makeover” kepada corak kontemporari. Apa yang membuatkan ruang tampak lebih sempit, suram dan serabut? Jom kita lihat!
1) Rail yang dipasang terlalu rendah dan hanya melebihi ruang tingkap membuatkan dinding nampak lebih sempit dan rendah.
2) Warna langsir yang digunakan menyamai warna perabot serta lantai dan dah kelihatan macam sesumpah. Kombinasi warna yang kurang menarik ini menjadikan keadaan nampak kusam dan suram walaupun warnanya agak sejuk.
Jom kita lihat pula apa perbezaan selepas tuan rumah menukar langsir kepada moden kontemporari dan lebih menyenangkan jenis eyelet.
1) Ruang dinding kelihatan lebih tinggi dan luas kerana rail dipasang lebih tinggi dari sebelumnya.
2) Gabungan warna maroon dan kelabu menaikkan seri rumah kerana wujud perbezaan warna dari segi latar belakang dinding dan lantai. Satu lagi nak nampak ruang sempit lagi luas, mengenakan langsir yang corak jalur mendatar sebegini. Kalau rumah anda jenis siling rendah, pilih langsir yg corak jalur menegak.
3) Untuk nampak efek siling tinggi, langsir biasanya di pasang lebih daripada tinggi atau hingga paras siling. Tapi masa pilih kain, contohnya kain bidang 110 inci, kalau corak kat kain tu melintang, paling tinggi boleh buat langsir adalah 104 inci, ni dah tolak lipat basi. So, jangan berangan nak langsir sampai siling ye. Kalau nak jugak, pilih kain yang sesuai yang tak kacau corak kain. Kalau kain bidang 110 inci, tak banyak guna kain tapi harga kain jd double dengan harga yang 60 inci.
Anda konfius dengan maklumat kami, jom hubungi dan lawati showroom kami di Denai Alam untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma tentang langsir.