Rekaan langsir roman blind merupakan rekaan yang tampak kemas dan moden. Rekaan langsir roman blind ini juga merupakan pilihan terbaik untuk anda menukar langsir baru pada tahun ini. Apatah lagi pejam celik pejam celik, Raya Puasa sudah hampir menanti waktu.

Rekaan Langsir Roman Blind Menjadi Pilihan Masakini.

Ya! Mengapa rekaan langsir roman blind menjadi pilihan? Ini kerana ia boleh dilipat sehingga ke atas. Ia direka dengan sebahagian langsir yang berbentuk bidai. Malah, seperti yang dinyatakan, ia adalah rekaan langsir terbaru dan moden masa kini.
Rekaan Langsir Roman Blind Tidak Lagi Hanya Untuk Menghiasi Dapur.
Jika dahulu, langsir roman blind ini hanya dihasilkan untuk bahagian dapur sahaja. Akan tetapi kini, situasi ini sudah cukup berbeza. Ini kerana langsir roman blind ini boleh dihasilkan mengikut kesesuaian kediaman rumah dan selera anda dan bukan lagi hanya untuk langsir dapur sahaja. Hinggakan keseluruhan rumah juga boleh menggunakan langsir roman blind ini. Mengapa penulis berkata demikian? Ini kerana terdapat teknik-teknik langsir roman blind ini yang sesuai mengikut kegunaannya. Sebagai contohnya, kegunaannya hanya di bahagian dapur, di bilik tidur, di sudut tepi rumah mahupun di ruang tamu atau ruang belajar.
Kukuh Dan Tidak Perlu Dijaga Dengan Rumit.
Selain itu juga, langsir roman blind ini sangat kukuh dan tidak perlu dijaga dengan begitu rumit sepertimana langsir yang beropol-ropol ataupun langsir yang mengandungi scallop. Justeru, ia amat sesuai bagi kediaman yang moden terutamanya kediaman yang mempunyai anak-anak yang masih kecil di rumah. Dengan faktor dan situasi sebegini, design yang paling sesuai untuk digunakan adalah langsir yang berbentuk roman blind.
Beberapa Teknik Untuk Menghasilkan Rekaan Langsir Roman Blind.
Tahukah anda terdapat beberapa teknik yang boleh dijahit bagi menghasilkan langsir roman blind ini? Malah, ada yang menghasilkannya secara kekal tanpa perlu dibasuh ataupun dicuci. Ini kerana ia akan terus dilekatkan pada tingkap secara kekal.
Namun, ada juga langsir roman blind ini yang dijahit dengan menggunakan Velcro. Ia bertujuan supaya langsir ini mudah dicuci. Persoalan ataupun permasalahan ini tidak timbul kerana ia adalah mengikut citarasa dan kehendak dan kegunaannya pada kediaman rumah anda. Jadi, anda bebas memilih dan menyesuaikan rekaan ini pada mana-mana bahagian atau sudut di dalam rumah kediaman anda. Apa yang penting, ia perlu dihias mengikut kreativiti anda sendiri tanpa perlu rigid kepada konsep yang sedia ada.
Mempunyai Nilai Yang Tinggi.
Walau bagaimanapun, cara jahitannya tidaklah sukar. Namun, ia tetap mempunyai nilai yang tinggi. Oleh yang demikian, bertukarlah kepada rekaan langsir roman blind ini supaya kediaman anda tampak lebih moden dan menarik. Hubungi team Ai Curtains untuk konsultasi percuma mengenai Roman Blinds.