Bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama? Sudah lama tak menyusun ruang tamu dengan susun atur yang baru dan lebih kemas? Kali ini, biar kami bantu anda dengan senarai tips hiasan ruang tamu dan puluhan idea untuk anda berkreatif.

1) PILIH MOOD YANG SESUAI DENGAN WARNA PILIHAN ANDA
Warna yang anda pilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood anda dan keluarga di ruang tamu. Warna boleh memberi tenaga atau menenangkan minda.

2) MULAKAN DENGAN MENGHIAS DINDING TERLEBIH DAHULU
Walau apa pun rancangan dekorasi anda, mulakan dengan menghias dinding terlebih dahulu. Sama ada hanya sekadar mengecat dengan warna baru atau pun menggunakan wallpaper, pastikan ianya sesuai dengan mood yang anda pilih.

3) PILIH PERABOT YANG BETUL
Lebih baik sekiranya anda tidak membeli dari satu kedai yang sama sahaja. Pelbagaikan supaya ruang tamu anda tidak nampak seperti showroom di kedai perabot. Satu lagi perkara, ukur dan buat kiraan di setiap sudut ruang tamu anda. Jangan longgokkan perabot terlalu banyak sekiranya ruang tamu anda kecil.

4) DESAIN TITIK FOKUS
Titik fokus ialah kawasan di mana apabila anda masuk sahaja ke ruang tamu, ruang itu akan menjadi fokus mata anda. Anda boleh mulakan dengan memilih frame gambar yang besar atau sofa yang menyerlah warnanya berbanding perabot-perabot lain di ruang tamu.

5) PILIH PALET WARNA
Tak kisah la sama ada anda berminat dengan warna jenis monochromatik atas skema warna yang lebih moden, pastikan anda pilih dengan baik. Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja membuat carian di internet dengan carian “Color Pallete for Home Decor”.

6) SEIMBANGKAN ANTARA FUNGSI DAN CANTIK
Dalam kata mudahnya, jangan beli dan letak sesuatu perabot hanya kerana cantik. Fikirkan sekali fungsinya. Sebagai contoh, anda berminat dengan sofa Scandinavian yang mempunyai 2 tempat duduk kerana warnanya yang cantik. Sedangkan, keluarga anda sendiri seramai 6 orang. Jadi, ianya kurang sesuai.

7) BAGI PERHATIAN KEPADA PENCAHAYAAN
Sekiranya ruang tamu anda menerima cahaya matahari dengan banyak, anda mungkin boleh kurangkan lampu.

8) PILIH HIASAN LANTAI YANG SELESA
Bagi memastikan ruang tamu anda satu ruang yang dapat berfungsi dengan baik, anda perlu pastikan lantai anda selesa untuk dipijak dan nampak cantik. Pilihan seperti permaidani, tikar atau pun karpet mestilah nampak semulajadi dan membangkitkan nilai ketenangan dan estetik pada ruang tamu anda

9) HIAS RUANGAN TINGKAP
Pilihlah langsir yang sesuai dengan desain, tidak terlalu tebal dan nampak elegan. Paling penting pastikan ada cara atau mekanisma bagi langsir tersebut tidak menghalang 100% pencahayaan dari masuk ke dalam ruang tamu.

Jika anda ragu-ragu atau tak tahu warna yang sesuai nak hias ruang tamu rumah anda,l dapatkan khidmat nasihat dari pakar design kami di Ai Curtains. Atau berkunjung terus ke Showroom kami di:-

Ai Curtains Home Furnishing SDN. BHD.
29-2, Jalan Elektron U16/D, Seksyen U16,
Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
📠 : 03-7831 7365
Contact us now for Quotation