AURAT HARTANAH @ KEPUASAN LANGSIR

Langsir yang baik dan cantik bukan hanya bergantung kepada patern dan hasil jahitan
semata-mata.Ia bermula dari proses mengambil ukuran,pemilihan fabrik,patern yang sesuai ,cara potong dan jahit dan akhir sekali cara gantung dan finishing susunan langsir.

Menyusun lipatan atau kedut-kedut langsir merupakan skill atau seni yang memerlukan latihan.Kekemasan adalah VALUE yang teratas antara semua proses.

Kepuasan untuk kami di Ai Curtains bukanlah bilamana menerima bayaran semata-mata tetapi apabila pelanggan menzahirkan rasa gembira dengan hasil kerja kami ,puas hati dan sudi merujukkan #aicurtains kepada tetamu dan rakan-rakan mereka.

Langsir bukan sekadar tutup tingkap tetapi CERMINAN PERSONALITI pemilik rumah .

By | 2019-04-19T20:07:20+00:00 April 5th, 2019|Uncategorized|0 Comments