Konsep “Fairy Tales” Naikkan Seri Bilik Anak Gadis

Konsep yang sesuai memainkan peranan penting untuk mendeko bilik tidur bagi menaikkan “mood” harmoni dan sejuk mata memandang. Kali ini Ai Curtains diberi kepercayaan untuk menyiapkan langsir bagi menghiasi bilik anak gadis yang berkonsepkan “fairy tales“.

Dinding dihiasi dengan wainscoating dan warna pink lembut digabung kan dengan ungu muda menampakkan ruang lebih lembut selembut perwatakan seorang gadis. Tambahan pula, hiasan kepala katil juga berwarna pink dan ungu membuatkan seolah-olah mencipta satu identiti baru untuk si pemilik bilik.

Langsir yang ditaman dalam plaster siling membuatkan ruang menjadi lebih tinggi dan luas. Plaster siling juga memainkan peranan utama dalam menghiasi bilik tidur berkonsepkan fairy tales ni, pemilik memilih desain lengkungan plaster siling selari dengan kepala katil dan di situ akan dipasangkan langsir seolah-olah kamar seorang puteri raja. Gambar di bawah menunjukkan suasana bilik selepas pemasangan langsir di kepala katil terus dari plaster siling.

Seolah-olah kamar tuan puteri, pasti menarik minat anak gadis untuk memiliki bilik sebegini. Di bahagian dandanan dan solekan pula, cermin dihiasi lampu-lampu

seolah berada dalam studio solekan. Menarik bukan? Langsir sebelah pula memberi ruang pencahayaan sederhana kepada tuan puteri.

Jika anda perlukan khidmat dan konsutasi percuma tentang dekorasi yang anda idamkan, kami di Ai Curtains sedia membantu. Dapatkan juga blinds, wallpaper dan permaidani untuk hiasan dalaman kediaman mewah anda dengan harga mengikut bajet tetapi dekorasi mewah.

By | 2018-12-13T05:06:18+00:00 September 28th, 2018|Concepts|0 Comments