5 Cara Ubah Ruang Tamu Agar Nampak Mewah!

Kredit Foto: articulatebaboon

Ruang Tamu Mewah.Tidak semua orang boleh memiliki atau menghias kediamannya serba mewah. Tetapi, boleh dikatakan hampir semua orang mahukan dekorasi kediamannya terutama bahagian rang tamu nampak premium dan mewah!

Sungguhpun begitu, sebenarnya dengan trik tertentu anda boleh mendekorasi kediaman anda, khususnya ruang tamu agar nampak mewah meskipun hakikatnya tidak. Berikut beberapa idea ringkas, diharap boleh membantu anda mengubah ruang tamu kediaman anda agak kelihatan mewah.

Berikut 5 Cara Agar Ruang Tamu Nampak Mewah:

  1. Kelengkapan Rumah Paling Mahal

Bahagian tengah ruang atau ruang tamu merupakan pusat perhatian. Jadi, letakkan kelengkapan paling mahal yang ada di rumah anda di bahagian ini. Misalnya, barang-barang artifak dan figura kaca.

  1. Tirai Atau Langsir

Gunakan tirai atau langsir yang unik dan nampak berbeza daripada biasa. Anda tak perlu membeli yang mahal-mahal, tetapi pastikan anda membeli tirai atau langsir yang sedikit berkualiti. Selain itu, pastikan rekaan yang dipilih, sama ada ditempah atau dijahit sendiri itu nampak menarik dan eksklusif biarpun simple dan tidak menelan belanja beribu ringgit.

  1. Cat Murah, Tetapi Bagus Kualitinya!

Anda tidak perlu mengecat kediaman anda dengan cat yang terlalu mahal. Dengan kebijaksanaan anda memadukan warna dinding kediaman, sudah pasti rang tamu nampak mewah dan menawan.

  1. Buku-Buku

Buku sangat berguna untuk mengisi ruang kosong. Di ruang tamu. Anda boleh gunakan buku untuk memberi kesan intelek pada ruang tamu kediaman anda. Buku biasanya dianggap sebagai sahabat bagi orang bijak. Koleksi buku yang bagus di rak akan menutupi kekurangan perabot atau aksesori mewah.

  1. Rak Kaca

Kaca jauh lebih murah daripada kayu. Sungguh pun begitu, ia nampak ‘kelas’. Anda boleh meletakkan buku, pasu atau perhiasan lainnya di rak kaca tersebut.

 

By | 2018-12-13T12:13:03+00:00 September 26th, 2018|Uncategorized|0 Comments